10 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG HIDUP BERSEDERHANA DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

Apabila kita bercakap mengenai kehidupan selebriti, kita pasti membayangkan kemewahan, limosin, dan karpet merah. Namun begitu, terdapat ramai di antara mereka menjalani gaya hidup seperti orang biasa, menggunakan pengangkutan awam dan pergi ke kedai-kedai biasa.

Berbeza dengan selebriti-selebriti yang lain, mereka ini merupakan sejenis ‘spesis’ yang jarang ditemui kerana sifat sederhana mereka dan tidak suka menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka.

#1. Rihanna

Rihanna dilahirkan di Barbados dalam keluarga yang biasa, bahkan kehidupan beliau setelah bergelar seorang artis tidak pernah mengubah dirinya  Dia sering berkomunikasi dengan peminatnya di internet, suka menonton TV, memasak hidangan tradisional dan turut dilihat gemar menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan menggunakan pemandu peribadinya.

# 2. Anne Hathaway

Tersenyum dan manis, Anne Hathaway mengatakan bahawa dia adalah seorang gadis sederhana yang dibesarkan di New Jersey dan akan kekal selama-lamanya begitu. Anne dilihat tidak pernah menunjukkan keinginan untuk hidup mewah meskipun sudah bergelar seorang artis popular.

#3.Drew Barrymore

Drew Barrymore menjadi popular pada usia yang sangat muda. Namun begitu dia berjaya menjalani kehidupannya seperti biasa dan dia dilihat sering keluar tanpa mekap. Selain itu dia juga dilihat sering berkongsi gambar di media sosial tanpa sebarang mekap.

#4. Dakota Fanning

Dakota Fanning merupakan artis yang sangat popular pada usia muda. Beliau tidak pernah terlibat dalam gosip liar, tidak pernah memandu dalam keadaan mabuk atau mengambil dadah. Selain itu Dakot juga tidak menyembunyikan dirinya daripada paparazzi dan sering dilihat menaiki kereta api bawah tanah.

#5.Michael Douglas

Michael Douglas terkenal dengan pendekatan ironinya terhadap kehidupan. Apabila ditanya mengenai bakatnya, dia dengan mudah menjawab, “saya sangat pandai dalam menukar lampin”. Pelakon tidak mempunyai minat yang tinggi dalam kehidupan mewah dan sering membawa anak perempuannya ke sekolah menaiki kereta api bawah tanah.

#6. Jennifer Lopez

Jennifer Lopez juga berasal dari keluarga biasa. Beliau berasal daripada daerah miskin iaitu daripada daerah Bronx. Beliau mencapai kejayaan kerana ketekunan dan ketabahannya, tetapi beliau tidak pernah lupa akan asal usul beliau.

Jennifer menjalani gaya hidup sihat, banyak bekerja, tidak minum minuman beralkohol, sering memberi bantuan hospital kanak-kanak dan bergiat aktif sebagai aktivis hak asasi manusia.

#7 .Paul Wesley

Bintang The Vampire Diaries, iaitu Paul Wesley hanya menjalani kehidupan sebagai orang biasa. Tidak banyak perbezaan dalam kehidupannya dengan imej selebritinya.

Di masa lapangnya, beliau lebih suka bermain hoki, menunggang papan luncur salji, bermain gitar, atau menghabiskan masa bersama keluarga. Beliau juga dilihat sering menggunakan kereta api bawah tanah dan sering menghabiskan masanya di kafe-kafe biasa.

#8. Jake Gyllenhaal

Jake Gyllenhaal merupakan salah seorang selebriti yang lebih mementingkan bakat dan kemahiran berbanding dengan nilai-nilai materialistik. Bagi Jake, adalah lebih baik untuk menjadi seorang tukang kebun daripada menjadi seorang pelakon kacak yang tidak berbakat.

#9. Zooey Deschanel

Zooey Deschanel menggelarkan dirinya sebagai seorang gadis yang old school kerana sifat beliau yang mudah tertarik kepada pakaian, video dan juga muzik yang lama.

Zooey mungkin salah seorang selebriti Hollywood yang pernah mengambil tahu mengenai fesyen. Beliau juga tidak suka membeli pakaian dan aksesori yang berjenama mewah. Cukup sekadar Vincci dan Cotton On sahaja.

#10. Katie Holmes

Pelakon jelita ini sering dilihat bersama-sama dengan anak perempuannya menaiki keretapi untuk ke mana-mana. Beliau juga jarang dilihat memakai pakaian berjenama mewah, apatah lagi memakai dua jam tangan pada sebelah tangan sahaja.

Sumber : taikotai.tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here