[4 FOTO] TAHNIAH..! PENANTIAN FIZO OMAR SELAMA 4 TAHUN KINI BERAKHIR.

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar akhirnya disahkan hamil beberapa minggu selepas empat tahun berumah tangga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Katanya, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan.

“Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.

Inilah hasil imbasan yang dilakukan pada kandungan Mawar. Foto Facebook DR HAMID ARSHAT

“Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10 peratus.

“Risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakannya,” tulis pakar perubatan itu di laman sosial Facebook miliknya.

“Saya Akan Sahkan Nanti

Dalam pada itu, Dr Hamid turut memberi nasihat dan memberi panduan kepada pasangan itu untuk menjaga kehamilan tersebut.

Loading…

“Rehat banyak-banyak, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan.

“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur,” ujarnya.

Dr Hamid turut meminta Mawar agar makan makanan berzat dan berkhasiat segar dan mentah selain lebihkan buah-buahan dan sayur jus buah dan salad.

Dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan kehamilan Mawar sehingga selamat melahirkan seorang cahaya mata.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.

Pada Mei lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar begitu teruja kerana isteri beliau, Mawar Abdul Karim telah disahkan hamil selepas empat tahun berumah tangga semenjak 10 November 2013.

Mawar juga pernah menjalani beberapa pembedahan serta mendapat rawatan di Klinik Dr Hamid Arshat yang terletak di Bukit Damasansara ekoran mengalami masalah peranakkan sehingga menyukarkan beliau untuk mendapat cahaya mata.

Sejak akhir-akhir ini Fizo juga kerap memuat naik gambar-gambar persiapan sebelum anak sulung beliau dan dijangka Mawar akan bersalin pada bulan Disember 2017 atau Januari 2018. Fizo juga ada bertanya pendapat kepada peminat-peminat beliau apa nama yang sesuai yang perlu diletak untuk cahaya mata beliau.

Kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan pasangan ini dapat menimang cahaya mata perempuan yang sihat wal-afiat, amin.

Sumber : Hangat.com / MStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here