5 FOTO: BERDARAH HIDUNG ! Gambar Mia Ahmad Sebelum Jadi Pelakon TERSEBAR ! Foto No 3 Tu Paling Merecik…

HIDUNG ! Gambar Mia Ahmad Sebelum Jadi Pelakon TERSEBAR ! Foto No 3 Tu Paling Berair !

PETALING JAYA: Impian aktres Mia Ahmad memiliki cahaya mata pertama selepas berkahwin dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi tidak kesampaian apabila disahkan keguguran.Bagaimanapun, Mia, 29, yang kini sedang bercuti di London belum bersedia untuk berkongsi berita sedih tersebut kepada umum.

“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mia diminta mengulas tentang beberapa foto dan kata-kata sedih yang dimuat naik di laman sosial.

Selain itu, salah satu foto suaminya mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/09/mia-ahmad-gugur/~/media/571e072e19d541c3a6dd133e939ee05c.ashx?la=en

Malah, dia turut muat naik sebuah video yang memberitahu produk kesihatan yang diambilnya itu bukan sahaja bagus kepada wanita lepas bersalin tetapi juga untuk individu yang mengalami keguguran sepertinya.

Dalam pada itu, Mia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang terbaik buat dia dan suami.

“Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas,” ujarnya.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

 

Yang Kecam Tu, Periksa Hati Anda” Mia Ahmad

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan mencium suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi selepas pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu berlaku secara spontan disebabkan terlalu gembira.

Mia, 29, berkata, sebagai seorang isteri, dia tahu bagaimana suaminya itu bekerja keras bersama pasukan JDT membuat persiapan untuk berdepan pasukan Kedah pada malam tersebut.

“Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu.

“Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami,” ujarnya kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/06/mia-ahmad-cium/~/media/c227a6223da4404386499169ffd2b197.ashx?la=en


Mia tidak melepaskan peluang menyokong suaminya pada perlawanan Piala Malaysia 2017, malam Sabtu.

Mia mengulas mengenai video dia mencium Izham selepas tamat perlawanan JDT menentang Kedah di Stadium Shah Alam yang dimuat naik di Instagram pada Ahad dan kemudian tular di media sosial.

Segelintir netizen berpendapat tindakannya itu tidak sesuai dilakukan secara terbuka.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak ambil peduli pandangan negatif netizen yang tidak senang dengan apa yang dilakukannya itu.

“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula,” ujarnya.

Sementara itu, Mia turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2017 selepas menang 2-0.

“Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang!,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci:Mia Ahmad , JDT
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/06/mia-ahmad-cium/#tichJQjbOh4DC4dl.99

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here