5 Foto Wajah Terkini Anak Hafidz Roshdi

MH pasti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon lelaki popular, Hafidz Roshdi telah menimang cahaya mata pertamanya pada bulan September tahun lalu.

Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberikan nama Humairah.

Sepanjang Humairah dilahirkan tidak pernah kita melihat Hafidz atau Shuhada berkongsi gambar anaknya namun baru-baru ini MH ada terlihat Shuhada sudah mula berkongsi gambar Humairah di Instagram.

Comel! Ya tak dapat MH nafikan kecomelan Humairah dengan kulit yang putih gebu.

Bukan MH sahaja yang teruja melihat gambar-gambar Humairah malah pengikut-pengikut Shuhada di Instagram juga turut teruja.

__adlinabatrisyia: COMELNYAAA, muka mummy sebijikkk 😍😍😍😍😍

noranordin1: Ya Allah comey nye lahai budak cenonet tu!! Humairahhhh!!! Geram lh acik tngok dia😘😘😘

cik.sharifahsyakirin: Ya Allah bambamnya kamu humairah syg…ni mesti follow pp ibu tu kan 🤭aucchhh..biasalah anak sulong ni rata2 ikut muka ibu nya 😍💚💘😘 yg penting pp tu geram nak ngap ase mcm cheese byk sgt tgk tu 😁😌

MH doakan Humairah menjadi anak yang solehah dan menjadi kekuatan kasih sayang di antara ibu dan bapanya.

Sebelum Ini Hafidz Roshdi dan isteri sambut anak perempuan

ISTERI pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat bersalin anak perempuan jam 11.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Klang.

Hafidz, 23, berkata, isterinya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak semalam selepas menunjukkan tanda bersalin.

“Ikutkan isteri saya dijangka bersalin pada 26 September ini, tetapi awal dua minggu pula. Apa pun saya bersyukur kerana proses bersalin isteri dipermudahkan.

“Saya juga berada di sisi isteri sepanjang dia bersalin. Saya mahu memberi sokongan kepadanya. Ternyata ia bukan seperti difikirkan. Betapa besar pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa untuk bersalin,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu berita gembira itu dikongsikan Hafidz menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Hafidz berkata, dia sudah mempunyai nama untuk anak sulungnya itu namun bakal berkongsi kepada peminat selepas ia didaftarkan.

Sebelum ini, isteri Hafidz pernah mengalami keguguran sebelum disahkan hamil kali kedua.

Hafiz dan Shuhada berkahwin pada 30 April tahun lalu di Perlis.

Ketika drama Tundukkan Plaboy Itu hangat diperkatakan, terbongkar kisah mengenai pelakon utamanya, Hafidz Roshdi, 22, yang mengikat tali pertunangan pada 30 November tahun lalu.

Memilih rakan sekuliah di Management & Science University (MSU) Shah Alam sebagai suri hatinya, Hafidz dan Nurul Shuhada Mat Shukri, 22, selamat mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu.

Menurut Hafidz, majlis pernikahannya berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara dan rakan karib.

“Selepas orang tahu saya sudah bertunang, saya tidak pernah berkongsi bila akan berkahwin. Namun, saya tidak pelik apabila perkara ini diketahui umum.

“Keputusan untuk tidak menguar-uarkan berita ini adalah atas perbincangan kedua-dua belah pihak. Bukan apa, bimbang nanti berlaku perkara tidak diingini. Disebabkan itu, saya memilih untuk berkongsi perkara ini di laman Instagram selepas selesai majlis nikah,” katanya.

Terdahulu, Hafidz dan Nurul dinikahkan di Terinai Lake View Resort, Perlis tepat jam 11 pagi.

Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan tujuh

dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kata Hafidz, usai majlis pernikahan berlangsung pula majlis persandingan.

“Insya-Allah, majlis sanding sebelah saya akan berlangsung selepas hari raya. Ia diadakan sedikit lewat bagi menghormati keluarga sebelah saya yang kebanyakannya tidak lapang andai berlangsung dalam waktu terdekat ini.

“Sama seperti majlis di Perlis, saya masih mengekalkan konsep bersederhana. Saya mengadakan majlis mengikut kemampuan diri. Malah ia mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Bercerita mengenai detik perkenalannya dengan isteri tercinta, Hafidz berkata, ia bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan semakin serius tiga tahun lalu.

“Kami kenal ketika lepak bersama. Kebetulan dia kawan kepada rakan saya. Ketika itu kami baru saja memulakan pengajian di MSU.

“Berbeza dengan orang lain, kami tidak terus bercinta sebaliknya berkawan biasa selama setahun. Sepanjang tempoh itu kami kenal hati masing-masing dan kemudian barulah ke fasa lebih serius,” katanya.

Sambung pelakon drama Baby Ana Milik Siapa ini, Nurul wanita yang sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

“Isu kononnya dia cemburu tidak benar sama sekali. Sesiapa mengenalinya pasti lebih tahu. Apa saya boleh katakan, dia seorang yang terbuka dalam segala hal.

“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.

“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” kata Hafidz.

Kahwin muda

Hafidz yang berkahwin pada usia muda tidak melihat ia sebagai halangan dalam mengurus dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

“Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.

“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Sambung Hafidz, sebelum meneruskan niat berkahwin, dia terlebih dahulu melakukan solat Istikharah.

“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya.

Berkongsi perkembangan kariernya, Hafidz akan menjalani penggambaran drama Hajah Heathrow bersama Fauziah Ahmad Daud tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga bakal terbabit dalam telefilem Kau Aku Kita Raya di samping Saharul Ridzwan dan Janna Nick.

Sumber: Instagram Shuhada Mat Shukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here