Selepas Ucapan PM Najib Berkenaan Isu Palestin-Israel .. Najib Dijemput Ke Bahrain Untuk Menerima ‘Hadiah’

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima anugerah King Hamad Order for Development daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, esok.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini menyatakan anugerah itu akan dikurniakan kepada Najib di Istana Shaikh Hamad semasa beliau melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, bermula esok.

“Ia merupakan anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Bahrain,” kata kenyataan itu.

Semasa lawatan itu, Najib yang akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Raja Hamad.

Perdana menteri dan isteri juga dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa di Istana Ghudaibiya pada Sabtu.

Menurut Kementerian Luar sebelum menghadiri majlis jamuan itu, Najib dan Rosmah dijadual menghadap Putera Salman.

“Pada lewat tengah hari itu, perdana menteri dan isteri akan menghadiri upacara sambutan Hari Kebangsaan Bahrain di Istana Sakhir, dengan Raja Ahmad dijadual turut berangkat hadir,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata lawatan itu akan mengeratkan lagi hubungan jalinan persahabatan sedia ada antara Malaysia dan Bahrain.

Jumlah dagangan Malaysia-Bahrain dari Januari hingga September tahun ini ialah RM805.73 juta, manakala jumlah eksport mencapai RM389.10 juta dan jumlah import pula RM416.63 juta.

— BERNAMA

SUMBER : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1419489

Sebelum itu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menyuarakan pendapat beliau tentang isu palestine dan israel

ISTANBUL 13 Dis. – Malaysia hari ini bersama suara negara-negara Islam mengiktiraf sepenuhnya Baitulmuqaddis kekal sebagai ibu negara Palestin.

Pendirian itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini susulan tindakan sepihak Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sila ke pautan terakhir artikel untuk melihat Perdana Menteri Najib Razak mengulas tentang Palestine

MALAYSIA BANGKIT !!

Beliau mengingatkan dunia Islam perlunya untuk bersatu dan bersuara dalam satu nada bagi memastikan sebarang cubaan untuk mengubah karakter dan status quo Baitulmuqaddis yang bertentangan dengan kemahuan rakyat Palestin dapat ditolak sepenuhnya.

Beliau sehubungan itu me­negaskan negara Islam harus melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan keamanan Baitulmuqaddis dan boleh dimasuki oleh semua penganut kepercayaan.

Malaysia yang senada de­ngan rakan-rakan negara anggota OIC membantah keras tindakan sepihak Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara baharu Israel, kata Perdana Menteri, kebun­tuan terhadap Proses Perda­maian Asia Barat perlu diselesaikan melalui norma dan undang-undang antarabangsa.

“Dan kita harap AS membantu ke arah itu. Kita perlu menolak trend negatif dan membuka laluan perbincangan damai bagi membolehkan jalan penyelesaian dua negara dicapai,” kata Najib.

Perdana Menteri adalah antara 57 pemimpin OIC yang diberi peluang berucap pada mesyuarat itu.

NEGARA NEGARA ISLAM BERSATU !

Sebanyak 18 negara diwakili oleh Presiden atau Perdana Menteri manakala selebihnya pegawai kanan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi sidang kemuncak ke-13, di Pusat Daga­ngan dan Pameran Antarabangsa Lütfi Kırdar di sini.

Ia disusuli dengan ucapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Raja Jordan, Raja Abdullah 11 dan Setiausaha Agung OIC, Dr. Yousef Ahmad,

JANGAN TIDUR LAGI !!

Dalam ucapannya itu, Najib turut menekankan betapa OIC tidak boleh terus berdiam diri dalam menghadapi situasi yang tidak adil berhubung isu Palestin tersebut.

“Kita mesti bersatu untuk menolak sebarang cubaan untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Kita mesti bekerjasama sebagai saudara seIslam dan bersama masyarakat antarabangsa untuk memastikan status Baitulmuqaddis dibincangkan berdasarkan kerangka penyelesaian dua negara.

“Pada masa sama kita mesti berusaha untuk memujuk negara lain agar tidak ikut sama mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel,” tambah Najib.

Beliau turut menekankan bahawa sikap AS itu merupakan tindakan provokatif yang memberi kesan serius kepada rantau ini.

“Ia telah membakar sentimen rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia. Kita telah me­nyaksikan keganasan dan huru-hara. Kita telah melihat bantahan dan tunjuk perasaan termasuk di Malaysia,” katanya.

Najib turut melahirkan kebimbangan situasi itu hanya me­nunggu waktu untuk meletup berikutan ketegangan semakin meningkat di rantau itu.

Dalam pada itu, Najib turut berkesempatan mengadakan pertemuan bilateral dengan Raja Jordan, Raja Abdullah 11.

Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi bagi mesyuarat peringkat menteri luar OIC. – UTUSAN

Najib bercakap di OIC berkenaan isu dunia Palestine

Ini rakaman video Presiden Edrogan di OIC berkenaan isu Palestine.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here