6 Gambar: Apa Yang Berlaku Pada Lelaki INi?? Rupa-Rupanya Beliau.

Gambar: Macam mana boleh jadi gitu|Seorang lelaki mengalami infeksi di bagian tangan selepas dipercayai membuat tato.

Dikutip dari thecoverage, Selasa (4/4/2017), sejumlah gambar yang memperlihatkan kulit seorang lelaki mengalami infeksi diduga selepas membuat tato di tubuhnya beberapa hari lepas.

Portal tersebut tidak menyebut detail dimana kejadian berlaku,namun portal itu mengingatkan kepada ramai agar sesiapa sahaja yang berniat membuat tato agar berpikir dua kali.

Risiko yang perlu Anda ketahui sebelum memutuskan untuk membuat tato secara tidak profesionanl
1.Infeksi
2.Alergi
3.Menyembunyikan gejala penyakit
4.Efek terpapar sinar matahari
5.Luka bakar dikulit.

SUMBER

CUNGKIL RAHSIA ARTIS TERKENAL INI MENDIDIK ANAK ANAK ..“Didik Anak Kena Guna ‘Reverse Psychology’, Barulah Hati Anak Lembut, Mendengar Kata” — ZIANA ZAIN

Ziana Zain nama yang cukup hebat dalam industri seni tempatan. Kelantangan vokalnya ‘berbisa’, membuat jutaan peminat terpaut dan terpukau. Ini rahsia jatuh bangun Ziana Zain mengabdikan diri kepada dunia seni, dari dulu hingga kini.

SIAPA lagi yang layak kami angkat sebagai wajah sampul sempena edisi ulang tahun ini jika tidak Ziana Zain. Saban tahun menghiasi sampul InTrend, pasti ada kelainan yang kami paparkan. Senang bekerjasama, mendengar ceritanya tidak pernah membosankan.

Setiap tutur bicaranya bukan sekadar menjawab soalan yang dilontarkan. Tetapi ada pengisian yang mampu menjentik emosi lantas membuat sesiapa yang membaca terinspirasi. Masih unggul biarpun adanya pendatang baru, mereka tidak mampu menyaingi sinar bintangnya. Berbisa dan berbekas di hati peminatnya. Itulah sentuhan magis Ziana Zain.

Perkembangan terkini Ziana?

Saya baru menamatkan sesi penggambaran telemovie arahan Rashid Sibir yang akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Bulan ini juga saya memenuhi undangan sempena sambutan Hari Ibu juga pada malam 14 Mei nanti saya bakal memeriahkan pentas Anugerah Bintang Popular. Insya-Allah saya dan rakan-rakan merangka untuk menjalin kerjasama dan mengembangkan karier juga perniagaan di Indonesia.

Bagaimana dengan album?

Memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu maka saya masih menanti kata putus daripada beberapa individu ke mana hala tuju pembikinan album. Harapnya ada buah tangan terbaru untuk peminat. Jika tidak tahun ini, mungkin awal tahun hadapan. Doa-doakan ya! Maklum sajalah, bukan mudah untuk menghasilkan album. Banyak aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Apakah sukar meramalkan selera pendengar era kini berbanding dahulu?

Selera pendengar zaman ini sebenarnya sukar dijangka, khususnya jika mahu dilihat daripada segi umur. Misalnya, peminat atau pembeli dalam lingkungan umur kita, mereka yang membesar dengan mendengar lagu-lagu kita, mungkin yang lebih tua atau lebih muda daripada kita. Berbeza dengan generasi hari ini, (dalam lingkungan 14 tahun hingga awal 20-an) kadangkala terdetik dalam kiran saya, “Inikah lagu yang mereka suka? Lagu macam ini boleh hit?” Tetapi apabila di kirkan kembali, oh… Ini zaman mereka, inilah generasi hari ini.

Mungkin jika dilihat daripada perspektif lain, secara teknikalnya lagu itu mungkin berbeza tetapi daripada segi maksud mungkin sama. Namun, yang lebih pelik, lirik lagu yang disampaikan itu tidak bisa difahami. Entah apa mesej di sebaliknya sehinggakan tiada nilai pada sesebuah lagu itu. Tetapi pada saya ia sebenarnya memerlukan pemantauan kerana bimbang sekiranya dibiarkan berlarutan; sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi pemikiran anak-anak muda.

Namun, di pihak lain mungkin timbul pula isu, “Oh, muzik itu universal.” Maka dengan itu, siapakah yang harus dipersalahkan dan siapa pula yang perlu berdiri dan menjawab untuk memberi garis panduan dalam berkarya? Hal ini kerana pada ketika era kami dahulu, semuanya tidak boleh. Lirik ini berbaur begini dan sebagainya. Terlalu banyak limitasi. Berbeza dengan zaman sekarang semua lirik lebih direct. Dan hasilnya, generasi kini lebih lantang dan berani, direct to the point.

Tidak lagi berkias seperti generasi kita dahulu. Mungkin ada yang tidak perasan sebenarnya lirik lagu mempengaruhi persekitaran dan keperibadian kita. Berbeza dengan zaman ini. Mungkin kerana ia bertitik tolak daripada kemudahan era kini. Baik daripada segi teknologi, akses internet jauh lebih mudah membuatkan semua orang mudah memperoleh apa yang diingini.

Industri seni dahulu lebih meriah misalnya dengan penjualan album yang laris berbanding era kini. Komen?

Era dahulu sebelum album dikeluarkan lagi sudah ada permintaan sehingga 30,000 naskhah sehinggakan jualan meningkat dari minggu ke minggu. Tetapi hari ini jika anda boleh menjual 5,000 naskhah sekalipun sudah cukup baik! Namun demikian, apabila adanya teknologi seperti hari ini ia memberi kesenangan kepada orang ramai. Mereka tidak perlu lagi membawa walkman, CD player dan sebagainya kerana hari ini sudah ada istilah muat turun. Muat turun di iTunes atau menerusi pelbagai medium umpamanya maka penjualan album ‘ zikal’ semakin terhakis.

Pihak-pihak tertentu memperoleh keuntungan menerusi muat turun. Jika ada sekalipun, penerbitan album zikal hanya akan dihargai oleh mereka yang benar-benar mahu menyentuh cakera padat itu dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Bagi penyanyi pula, apabila terma muat turun diaplikasi; porsi keuntungan itu terlalu kecil yang bisa kami peroleh. Inilah dilemanya kerana pihak lain seperti syarikat telekomunikasi pula yang mengaut keuntungan lebih walaupun mereka tidak mengeluarkan wang waima sedikit pun untuk penerbitan album.

Masalah lain pula, tiada badan yang membela dan memperjuangkan nasib kami sebagai penyanyi. Di Hollywood misalnya, setiap sen dikira. Daripada segi royalti, banyak pula pihak yang mahu mengutip itu dan ini. Inilah kekangan dan masalah yang kami alami. Kami hanya nampak ‘kaya’ dan gah di dada akhbar, majalah tetapi pihak lain pula yang kaya- raya sehingga bisa mendirikan bangunan bertingkat-tingkat.

Dan sebagai penyanyi, jika kami mahu ‘membuat duit’ zaman ini hanya bersandarkan penjualan album lupakanlah. Maka dengan itu kami perlu bijak melangkah, mengubah paradigma untuk melakukan perkara lain untuk terus berada dalam dunia seni. Inilah beberapa perkara yang mungkin orang lain tidak nampak dan tidak memahaminya.

Bagaimana pula strategi Ziana untuk mengekalkan popularity

Saya tidak merangka strategi atau formula tertentu kerana pertamanya saya masih berada di sini dengan izin dan rezeki Allah SWT. Kedua, berkat doa kedua-dua ibu bapa, suami dan anak-anak. Selain itu, saya percaya berkat doa peminat-peminat.

Mereka sering memberitahu kepada saya, “Kak Ziana, we want you to be here forever.” Walaupun pada hakikatnya saya tidak boleh berada di sini selama-lamanya bukan? Dan saya sering berkata kepada mereka, “Jika kalian mahukan Kak Ziana, doakan kesihatan Kak Ziana, doakan yang terbaik pada Kak Ziana. Selagi boleh, Kak Ziana kayuh.”

Selain itu, mungkin saya masih di sini kerana lagu-lagu saya masih ada lagi yang mahu mendengar. Faktor lain, mungkin kerana daripada segi imej, penampilan dan solekan saya masih menjaganya. Elemen ini perlu dipelihara agar anda dilihat punya ketrampilan seiring dengan perubahan usia dan perkembangan fesyen semasa.

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Mengapa memilih menceburi bidang perniagaan tudung dan tidak kepada pakaian atau berunsurkan kecantikan?

Secara kebetulan rakan saya tercari-cari seseorang yang mahu menjadi rakan kongsi perniagaannya. Dan dalam masa sama, saya juga mencari kelainan apa lagi yang boleh saya lakukan selain daripada menyanyi dan berlakon. Lantas kami terfikir, apa kata kita lihat apa yang boleh dilakukan bersama dan dengan itu timbullah idea untuk bekerjasama melahirkan jenama tudung ‘zianazainsworld’.

Biarpun pada mulanya agak sukar untuk mencari material, memilih corak dan rekaan, bertanya kepada peminat serta pelanggan untuk mengetahui selera mereka. Kami cuba memberikan yang terbaik dan dalam masa sama cuba memuaskan hati pelanggan. Saban hari adalah hari baru untuk kami terus belajar memperbaiki kekurangan dan mempelajari sedikit demi sedikit selok-belok perniagaan.

Mengapa Ziana lebih selektif dalam bidang lakonan?

Saya perlu lebih teliti lebih-lebih lagi dalam pemilihan watak dan karakter. Sewajarnya sesuatu watak itu perlu sesuai dengan usia juga status saya sebagai isteri dan ibu. Saya punya anak-anak yang semakin meningkat remaja. Dan untuk itu, saya tidak mahu memalukan mereka (ketawa) jika salah memilih watak.

Selain itu, saya perlu memikirkan faktor masa kerana maklum sahajalah jika berlakon telemovie, lazimnya memakan masa berhari-hari. Apatah lagi anak-anak semakin membesar maka saya perlu bijak mengendalikan serba-serbi.

Bagaimana Ziana membahagikan masa – antara tuntutan karier juga sebagai isteri, ibu dan anak. Komen?

Pada saya ia umpama alah bisa tegal biasa. Bagi emak dan abah; jika punya waktu terluang saya akan menjenguk mereka atau sesekali membawa mereka keluar. Paling tidak pun saya akan menelefon mereka. Menguruskan anak-anak pula, saya ambil contoh dengan melihat bagaimana emak saya mengendalikan kami adik-beradik sewaktu kecil dahulu.

Emak dahulunya bekerja dan dalam masa sama menjaga kami lima beradik. Maka secara tidak langsung saya sudah terbiasa dengan melihat sendiri bagaimana dia menguruskan rumahtangga. Dan apabila sudah mempunyai kehidupan sendiri, saya belajar bagaimana menguruskannya satu persatu.

Pada saya segalanya akan berjalan dengan baik apabila kita tanamkan dalam pemikiran yang positif sekali gus menganggapnya sebagai tanggungjawab. Usah melihatnya sebagai bebanan. Apabila anda mengambilnya sebagai tanggungjawab, pasti ringan semuanya dan perjalanan hidup akan dipermudahkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here