Demi mengembalikan keyakinan diri, 12 wanita ini telah menjalani transformasi kecantikan dan hasilnya begitu menakjubkan!

Sebut sahaja nama Goar Avetisyan pasti ramai yang kenal kerana dia adalah seorang jurusolek yang bukan sahaja terkenal di seluruh dunia malah sangat berbakat dalam bidang yang diceburinya. Hasil kerjanya sangat menakjubkan dan begitu memukau sehingga membuatkan ramai yang terkejut dengan hasil yang mampu dilakukan.

Ramai wanita yang datang kepadanya bukan sahaja untuk mendapatkan perkhidmatannya sebagai jurusolek tetapi mereka memerlukan bantuan Goar untuk membina keyakinan dalam diri mereka.

Sedar atau tidak ramai wanita yang luar sana sebenarnya tidak mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap diri mereka sendiri. Jadi Goar bukan sahaja membantu mereka tampil cantik dengan solekan di wajah malah turut membantu mereka membina kepercayaan terhadap diri mereka sendiri.

Berikut adalah hasil kerja Goar yang begitu menakjubkan. Siapa pun pasti akan terpesona!

#1 Vlada selepas menjalani 15 pembedahan mata

#2 Tranformasi Julia selepas dia keluar dari hospital kerana bertarung hebat dengan kanser

#3 Imej baru Hürrem Sultan selepas disolek oleh Goar Avetisyan

#4 “Setiap wanita adalah bintang Hollywood.” Ini adalah apa yang dikatakan oleh jurusolek itu dan ianya terbukti

#5 Goar terserempak dengan wanita ini di sebuah kedai tukang jahit dan memutuskan untuk memberikannya ‘hadiah’

#6 Buat pertama kalinya dalam masa 9 tahun, Goar berjaya memujuk neneknya untuk melakukan transformasi

#7 Anastasia sedang menjalani kemoterapi. Dia menjadi lebih kuat dan tabah selepas mendapatkan perkhidmatan Goar

#8 Untuk menyembunyikan kedutan, kosmetik cahaya reflektif khas telah digunakan

#9 Dengan kecantikan seperti ini, siapa pun pasti akan tampil dengan keyakinan diri yang tinggi

#10 Madina sedang melawan kanser payudara. Goar memutuskan untuk menyokongnya dengan melakukan solekan pada wajahnya

#11 Ini adalah kali pertama dalam kehidupan wanita berusia 38 tahun ini untuk mendapatkan perkhidmatan seorang jurusolek

#12 Ketika Jamilya berusia 2 setengah tahun, dia terbakar. Goar membayar tiket dari Dagestan supaya dapat menyolek gadis itu

Sumber: Bright Side

Kredit : Era Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here