8 SELEBRITI POPULAR BAKAL BERKAHWIN TAHUN 2018!

Tahun 2017 menyaksikan ramai selebriti popular mendirikan rumah tangga. Paling mengejutkan, berita perkahwinan pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura.

Tidak ketinggalan, tahun ini juga ramai juga selebriti yang mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin tahun 2018.

Kami senaraikan 8 selebriti popular yang bakal berkahwin tahun hadapan.

1. Yuna

Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Yuna dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Adam Sinclair pada 1 Ogos 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

2. Idris Khan

Pelakon dan model kacak, Idris Khan, 29 tahun, bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26 tahun, pada 20 Januari 2018. Namun, lokasi untuk majlis itu masih belum diputuskan.

3. Elfira Loy & Sufian Suhaimi

Selepas mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu, pasangan popular ini bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Mac 2018. Namun, tarikh nikah masih belum ditetapkan.

4. Betty Rahmad

Pada Oktober lalu, adik bongsu bintang Mak Cun, Erma Fatima dan Umie Aida, Betty Rahmad selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Ardy Damis. Pasangan itu sudah empat tahun bercinta dan bakal berkahwin Januari tahun hadapan.

5. Shila Amzah

Penyanyi terkenal, Shila Amzah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati Haris Idraki pada 3 November lalu. Pasangan Shila dan Haris dilapor bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.

6. Rody Kristal

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, bakal melangsungkan pernikahan pada April tahun depan dengan pilihan hatinya, Nur Izwani Azman yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan selepas 6 bulan mengikat tali pertunangan.

7. Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bakal bernikah pada April 2018 selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal. Dynas mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya Shazrik pada Oktober lalu.

8. Uqasha Senrose & Hefny Sahad

Pelakon Uqasha Senrose, menamatkan teka-teki kisah cintanya apabila berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh tersebut.

Tahukah Anda : 10 Kebaikan dan Kelebihan Berkahwin Semasa Belajar Pada Usia Muda

Ketahui rahsia yang tersirat bagi pasangan muda semasa belajar yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Kalau dulu, admin pernah kongsikan kelebihan berkahwin pada usia muda, tapi kali ini admin kongsikan pula pada pembaca dalam konteks pembelajaran. Perkahwinan yang dilangsungkan ketika masih belajar pada usia muda. Selamat membaca!

KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA

Kebaikan 1

Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

Kebaikan 2

Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

Kebaikan 3

Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.

Kebaikan 4

Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

Kebaikan 5

Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus. Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah. Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

Kebaikan 6

Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

Kebaikan 7

Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

Kebaikan 8

Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.

Kebaikan 9

Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.

Kebaikan 10

Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here