PANAS!!!Inilah Dia 5 Artis Terkenal Bollywood Yang Kantoi Curang Namun Dimaafkankan Oleh Isteri Mereka! No 3 Tu Datuk Di Malaysia…

 

Curang dalam perkahwinan
Isteri mana yang tak kecewa dan patah hati apabila mengetahui suami tercinta telah berlaku curang di belakangnya?

Lebih-lebih lagi jika suami itu sebenarnya adalah artis popular.

Memang tak senang duduklah si isteri memikirkan entah berapa banyak lagi kes curang yang si suami tak “kantoikan”, kan?

Kredit: Cosmopolitan
Kehidupan rumah tangga seorang artis bukan sentiasa indah. Lebih-lebih lagi kalau si suami sering tergoda dan digoda oleh wanita lain.

Tapi perkongsian kami kali ini lain sedikit kisahnya. Ia mengenai kes artis terkenal Bollywood yang kantoi curang, namun dimaafkan oleh isteri tercinta.

Apapun, semua insan melakukan kesilapan, kan?

Jadi jom semak siapakah 5 artis Bollywood terkenal yang kantoi curang dan dimaafkan oleh isteri demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

1. Akshay Kumar

Akshay Kumar memang terkenal dalam industri perfileman sebagai seorang playboy

Namun, selepas berkahwin dengan artis Twinkle Khanna, beliau berubah menjadi suami yang penyayang dan setia.

Akan tetapi, nampaknya pelakon filem Dhadkan ini tak mampu menahan godaan dari artis Priyanka Chopra.

Selepas berlaku curang dan terkantoi, Twinkle Khanna sanggup memaafkan Askhay, dengan syarat beliau berhenti menghubungi Priyanka Chopra.

2. Ajay Devgan

Kajol dan Ajay Devgan adalah pasangan secocok yang selalu diangkat sebagai “ikon” di kalangan masyarakat India.

Namun, Ajay juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ketika penggambaran filem terbarunya, beliau telah tertawan dengan kecantikan artis Kangana Ranaut.

Selepas perbuatan itu terkantoi, Kajol berkeras mahu Ajay mengakhiri perhubungan rahsia itu.

Ajay yang amat menyayangi Kajol menurut kata isterinya dan nekad ingin kembali menjadi suami dan ayah yang terbaik buat anak-anak mereka.

3. Shah Rukh Khan

Walaupun sukar nak dipercayai, tapi hero dan raja Bollywood ini juga tidak terlepas daripada dosa berlaku curang.

Shah Rukh Khan dikatakan memiliki affairdengan pasangannya dalam filem Don, iaitu Priyanka Chopra.

Dalam sebuah tv show di Amerika, Priyanka Chopra telah dijemput sebagai tetamu undangan. Dia ditanya tentang benda milik kekasihnya yang dia simpan.

Priyanka kemudiannya menunjukkan sebuah jaket kulit berwarna coklat.

Jaket itu sebiji macam yang selalu dipakai oleh Shah Rukh Khan ketika muncul di publik!

4. Govinda

Buat penggemar filem Hindustan tahun 90-an, anda pasti tidak asing dengan pelakon aksi ini, Govinda.

Semasa beliau terkenal, Govinda sering dipasangkan dengan artis Rani Mukherjee. Mereka sungguh rapat dan dek chemistry antara mereka berdua, banyak filem mereka berjaya di pawagam.

Tapi rupa-rupanya, aksi rapat mereka itu dibawa ke luar layar. Namun selepas hubungan curangnya bersama Rani terkantoi, Govinda kembali ke pangkuan kekasihnya, Sunita.

Nasiblah Sunita menerima Govinda balik!

5. Amitabh Bachchan

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan sweet Amitabh dan Jaya Bachchan?

Mereka berdua selalu berlakon sebagai suami isteri dalam pelbagai filem, antaranya filem Kabhi Khushi Kabhi Gham.

Namun, kemanisan rumah tangga mereka juga pernah diuji.

Sebelum bernikah dengan Jaya, Amitabh mempunyai hubungan dengan artis cantik Rekha.

Malah selepas mereka berkahwin pun, Amitabh Bachchan masih menghubungi Rekha!

Kisah cinta tiga segi ini sempat dijadikan filem, yang bertajuk Silsila. Yang lebih ironik, mereka bertiga juga berlakon dalam filem itu!

Tapi akhirnya, kekuatan cinta Jaya mampu memenangi hati Amitabh Bachchan.

Bekerjaya sebagai seorang pelakon, si suami pasti akan dikelilingi oleh pelbagai wanita cantik.

Sebab itu kadang-kala mereka terlupa tentang status mereka sebagai seorang suami. Nasib baiklah si isteri sanggup memaafkan suami ini dan menerimanya kembali.

Apapun, tiada insan yang sempurna, kan? Termasuklah para artis.

Tapi saya yakin, bukan mudah untuk memaafkan suami yang telah berlaku curang. Jika isteri itu memaafkannya suaminya, hargailah dia.

Dia sanggup mengorbankan rasa hati sendiri demi memberi peluang pada rumah tangga kalian.

Jangan dilakukan lagi kesalahan yang sama.

kredit:bukubiru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here