9 Askar Didakwa Merog0l Bergilir-Gilir Seorang Gadis Berusia 17 Tahun

Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rog0l bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenarkan direman bermula hari ini.

“Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa).

“Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac,” katanya ketika dihubungi, di Johor Bahru hari ini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut.

Sumber : BERNAMA VIA TIMUNCINA.COM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here