Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi.. Ada Yang Terasa Ke?


Selebriti Dato Afdlin Shauki telah tampil menegur pelawak ‘kaki mencuri’ di Malaysia.

Afdlin Shauki menggesa pelawak supaya tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.

Kata Dato Afdlin Shauki, perbuatan mencuri idea dan bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang amat salah.

Ini kenyataan Afdlin Shauki:

“Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam industri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.

“Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism,”

Sebagai antara orang yang berpengalaman dalam bidang komedi, Afdlin Shauki turut mengakui hal berkenaan dapat dilihat khususnya melibatkan pelawak-pelawak baharu.

Ini pendedahan Afdlin Shauki lagi:

“Saya tak nafikan, pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah berpengalaman.

“Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti,”

Selain pelawak, Afdlin Shauki turut mengakui wujudnya isu integriti dalam kalangan pengkarya filem.

Menurut Afdlin, pengkarya yang menghasilkan filem tanpa integriti pastinya akan memberi kesan terhadap kualiti akhir sesebuah karya.

Ini jelasnya tentang isu integriti:

“Ada artis yang buat kerja seni untuk cari makan sahaja dan ada yang buat sebab betul-betul minat.

“Apabila karya dihasilkan secara ala kadar, di manakah integriti perfileman itu?

“Iyalah, berkarya untuk wang sahaja, mereka pastinya tak bagi yang terbaik. Buat ala kadar sahaja sebab mahu pulangan cepat,”

Itulah teguran dari Afdlin Shauki kepada penggita seni dan juga pelawak tanah air. Semoga mereka mengambil positif teguran dari Afdlin Shauki ini.

Sebagai penonton, sudah tentu akan berasa boring dengan lawak yang sama sahaja dan pernah didengari sebelum ini.

 

Sumber : sarkasteek.com

 

‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’ – Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin


Restu orang tua adalah penting untuk mengekalkan sesebuah hubungan. Banyak perhubungan yang kecundang di tengah jalan kerana faktor ini. Walaupun semuanya berbalik soal jodoh, namun hubungan dengan ibu bapa juga tidak kurang penting perlu dikekalkan.

Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah sedia maklum sedang hangat bercinta. Walaupun ada cakap-cakap mengatakan hubungan mereka bermasalah, namun kedua-duanya menafikan perkara itu. Namun, satu kenyataan ayah Zahirah seperti ada yang tidak kena dengan hubungan mereka itu.

Tak ada masalah dengan Zul Ariffin

Zainol Macwilson mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah anak perempuannya itu berkawan dengan Zul Ariffin. Sebelum ini Zainol dipetik sebagai berkata dia tidak mahu anaknya bercinta di lokasi penggambaran, termasuklah dengan aktor itu.

Namun, dia menafikan memusuhi Zul walaupun Zul sebelum ini ada meminta Zainol untuk lebih matang dalam tindakannya.

Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.

Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut.

Cukup sekadar berkawan

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak memusuhi Zul namun menegaskan biarlah hubungan mereka kekal sebagai kawan sahaja dan tidak sampai ke tahap bercinta.

Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu.

Menurutnya lagi, dia ada menasihati anak perempuannya itu untuk fokus kepada perkembangan kariernya yang baru bermula dan tidak terkesan dengan kisah peribadi.

Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia

Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya saya masih hidup, saya takkan restu.

Sumber: Sinar Harian

Sumber : gengsembang.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here