POSTED ON

Air Ketuban Bocor Di Minggu Ke-27 Kehamilan, Isteri Lan Solo Masuk Hospital

Isteri kepada bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Lan Solo, Nur Sheila Hassim dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban.

Sheila ditahan di wad Pusat Perubatan Rampai Puteri sejak Isnin.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Lan memohon supaya peminat mendoakan kesejahteraan isteri dan juga bayi di dalam kandungan.

Dalam pada itu, isterinya juga telah memuat naik foto yang merakamkan dirinya sedang terlantar di katil hospital beserta ‘drip’ di bahagian tangannya sebentar tadi.

“Day 3. Baby kata nak holiday kat sini. Mommy ikut je. Janji awak keluar on time. Bukan 27 weeks nie. huhu. Mommy selesa kat sini sebab semua staff kat sini best-best. Boleh manja-manja lebih! haha. Rindu pulak kat 3Q kat umah nun. Hmm,”tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut IG mereka mendoakan isteri dan anak keempat mereka dalam keadaan sihat dan berharap semuanya dipermudahkan

Lan dan Sheila, 32 telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Foto: Instagram @lansolo_official

 

Ahli Keluarga Dedah Cerita Sebenar Pernikahan Fazura & Fattah Amin

Ahli Keluarga Dedah Cerita Sebenar Pernikahan Fazura & Fattah Amin – Menjawab persoalan peminat, sumber terdekat kepada Utusan Malaysia menjelaskan bahawa Fattah Amin dan juga Fazura sudah pun sah bergelar suami isteri dalam majlis pada14 November lalu.

Pasangan itu dikhabarkan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz berwalikan abang kandung Fazura sendiri, sekitar pukul 12.30 tengah malam di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Ahli Keluarga Dedah Cerita Sebenar Pernikahan Fazura & Fattah Amin

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu”

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here