“AKAK percaya, kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dulu,”-Erma Fatima

“AKAK percaya, kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dulu,” kata pengarah, Erma Fatima di Instagram miliknya mengenai keadaan pelakon, Iqram Dinzly yang berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

Erma menerusi status sama berkata, dia tidak percaya dengan apa yang diperkatakan segelintir pihak terutama netizen malah yakin Iqram masih seperti dahulu.

“Di mana jua kau berada dik, akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan. Setiap kali akak tengok video ‘live’ kau, setiap kali hati akak yakin kau membuat persembahan atas panggung untuk kami melihat diri kami.

“Maki hamun, keji mengeji, itulah kita. Terima kasih dik kerana mengingatkan kami tentang diri kami,” tulis Erma.

Terdahulu, dalam laporan akhbar ini, Iqram menjelaskan tidak ada apa yang pelik mengenai dirinya kerana dia menjadi diri sendiri.

Iqram juga menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.

Iqram juga berharap netizen henti fikir yang bukan-bukan mengenainya kerana dia mengakui kehidupannya semakin bahagia.

Dalam masa sama, Iqram memberitahu dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan mama Princhiqy sekaran,” katanya.

PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, meminta netizen agar lebih sensitif terhadap situasi yang dilalui rakan pelakon, Iqram Dinzly.

Kata Zulin, dia tidak faham dengan tindakan sesetengah netizen yang kononnya tidak suka dengan perilaku Iqram, tetapi tidak kisah untuk menghabiskan masa menonton sesi Instagram live yang dibuat pelakon itu.

Perkara itu, ujar Zulin, mungkin akan membuatkan Iqram semakin tertekan.

“Saya tak faham golongan yang menonton Instagram live Iqram tapi hanya untuk maki dia. Kalau bertambah tekanan dia nanti macam mana?

“Kasihan dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia,” tulis Zulin di Twitter.

Tambah Zulin, Iqram yang dikenalinya, seorang individu yang baik malah cukup menjaga hubungan dengan Allah.

“Iqram ni solat tak pernah tinggal. Kalau lepak dengan dia di pusat beli belah, mesti dia akan cari surau. Datang rumah terbuka pun dia akan minta izin untuk tumpang solat,” kata Zulin.

Iqram, sejak kebelakangan ini menjadi topik perbualan, khususnya di laman sosial, selepas kerap kali memuat naik gambar dan status pelik.

Situasi itu dikatakan bermula selepas kematian bapanya beberapa bulan lalu, di mana Iqram telah memuat naik gambar di kubur selepas upacara pengebumian.

Ia menerima kritikan netizen malah ada yang tidak teragak-agak melabel Iqram dengan gelaran yang tidak sopan.

 

“TIADA apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai perilakunya dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.

“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.

“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya kepada Harian Metro.

Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia.

“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.

“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” katanya.

Iqram turut memaklumkan dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang ,” katanya.

Perangai pelik Iqram mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Sumber: hmetro

Sebelum ini

Pelakon Iqram Dinzly tidak mahu mengambil peduli tentang pandangan orang terhadap dirinya yang dikatakan tidak waras.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 36, berkata dia hanya melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hatinya.

Isu itu timbul apabila aksi peliknya yang sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sakit serta turut berkongsi gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Selain itu, timbul desas-desus pula dalam industri bahawa Iqram berperangai pelik.
“Saya Tak Tahu Itu Laluan Kereta” – Iqram Ulas Terima Nota Kecaman
Apa sebenarnya Iqram Dinzly ini? mStar mengemukakan beberapa soalan untuk mendapatkan jawapannya.

 

Apa Komen Iqram apabila ada segelintir pihak yang mengatakan Iqram sekarang seperti kurang waras?

Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun, saya nak jadi ahli syurga. Orang kata saya gila… tapi bagi saya semuanya jelas. Saya buat apa yang saya rasa, itu yang dilakukan.

 

Apa motif Iqram berkongsi foto depan kubur arwah ayah bersama surah Yasin dengan wajah tersenyum? Nak menunjuk-nunjuk?

Tak ada niat apa-apa pun. Ia sekadar untuk peringatan dan kesedaran kepada diri sendiri dan orang luar. Tidak semestinya kita menziarahi kubur hanya datang sahaja. Dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih selepas kematian seseorang.

Walaupun saya senyum tapi hati sedih tidak ada siapa yang tahu. Cuma saya kena kuat mengharungi semua yang terjadi.

 

Melihat entri terbaru Iqram tidak lagi mengenakan serban. Adakah tidak mahu kekalkan imej tersebut?

Serban? Saya tidak pernah mengatakannya serban. Namun saya perkenalkannya sebagai ‘Iqrat Kapla’ (ikat kepala). Saya tak boleh beri jawapan untuk soalan itu. Biarlah rahsia dan biarlah masa yang menentukan. Apa yang saya boleh katakan, saya akan melakukan satu transfomasi dalam kehidupan. Perkara ini bukan isu yang besar.

 

Apa yang Iqram rasa dengan kritikan netizen kerana perbuatan Iqram sendiri?

Saya kecewa dan marah sangat-sangat dengan netizen. Terlalu ramai yang menjadi ustaz dan ustazah jadian sedangkan bila diperhatikan semula, ruangan Instagram orang yang ‘jatuh hukum’ ini pun tidak melambangkan sepenuhnya seorang muslim.

Kecam orang sesuka hati dan lepas itu akaun privasi. Ini namanya kulat parasit. Mereka tidak ada kesedaran dalam berbudi bahasa.

 

Iqram sudah lama tidak berlakon. Adakah tiada tawaran? Bagaimana pula perniagaan kedai makan di Langkawi?

Saya ada terima beberapa tawaran namun buat masa ini, saya mahu berehat tanpa memikirkan industri seni. Kedai makan di Langkawi terpaksa ditutup buat sementara waktu. Mungkin sebab orang di sana tidak dapat terima orang luar.

Sumber: hmetro/awani /mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here