Allahuu ! Akhirnya Azwan Ali Dedah Kenapa Dia Tak Datang Majlis Kebumi Arwah Mak Dan TAK PERNAH Melawat Kuburnya

Pengacara terkenal Malaysia, Azwan Ali buat pengakuan tidak menghadiri majlis pengebumian ibunya yang meninggal.

Menurut sumber, beliau dikatakan LANGSUNG tak melawat jenazah arwah ibunya selepas meninggal dunia.

Azwan Ali sendiri membuat pengakuan dan mengesahkan berita ini melalui rancangan melodi.

Dia mengakui dia ada sebab kenapa tidak menghadirkan diri pada majlis pengebumian tersebut

Azwan Ali juga dikatakan sangat marah pada pihak yang sengaja mempertikaikan kehadirannya

Dia juga mengaku tak melawat pun kubur arwah maknya hingga hari ini.

Anda baca sendiri punca-punca yang diberikan oleh Azwan Ali di bawah ini.

“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila emaknya sendiri meninggal dunia”

“Saya ada sejuta sebab kenapa saya langsung tak hadiri”

“Saya tak pergi langsung melawat jenazah dan tak pergi ke tanah perkuburan”

“That a true fact”

“Saya jawab dengan Allah SWT, sebab Allah mengetahui kenapa saya tak pergi”

“Bila saya tak pergi tu, saya dengar ada pihak beriya-iya buat staement saya tak pergi..eh kau dah kenapa??”

“Yang kau sibuk mengata aku tak tengok arwah mak, kau siapa?”

“Eh agak-agaklah, hentikanlah buat statement pertikaikan aku tak datang ke tanah perkuburan”

“Kerana dialah satu dunia tahu saya tak datang di tanah perkuburan”

“Memang saya mengaku, saya tak pergi melawat kubur arwah mak sehingga kini”

Itulah komen dari Azwan Ali ketika di tanya di rancangan Melodi Ahad lalu.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tidak hadir. Bukan sahaja ketika meninggal dunia, tetapi hampir dua tahun tidak bersua dengan ibu saya.

“Saya sedar ada yang mengkritik tindakan saya, tapi cerita saya dah ibu hanya ALLAH SWT yang tahu,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata, sebagai anak, dia sudah melakukan yang terbaik dan sedaya upaya untuk memulihkan hubungan dengan ibunya.

“Biarlah kesedihan ini saya bawa hingga hujung nyawa saya. Apa yang penting, saya harap semua keluarga di luar sana saling bermaaf-maafan tidak kira orang tua ataupun muda.

“Jangan hanya tunggu raya sahaja, setiap masa kena memaafkan,” katanya.

Berkongsi rasa, hakikatnya kata Azwan bukan mudah untuknya menjalani kehidupan seorang diri.

“Kalau tak kental, susah nak hidup sendirian ni. Tapi, saya doakan yang baik-baik kepada semua orang. Kalau boleh, apa yang berlaku pada diri saya ni tak jadi pada orang lain.

“Kalau ada keluarga, hiduplah dalam keadaan harmoni. Tegurlah dengan berhemah andai ada yang tersalah dan paling penting jauhkan sikap suka memaki orang. Hargailah ahli keluarga kita sebaik-baiknya,” ujarnya.

Azwan berkata, sebagai anak yang mempunyai abang, kakak dan adik, seharusnya perkara sebegini dapat dibantu untuk memulihkan hubungannya dengan ibu.

Azwan Ali

“Saya tak dapat itu semua. Kerana itu saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya anggap diri saya sebatang kara.

“Saya yatim piatu dan tiada keluarga lagi. Saya reda. Ini yang ALLAH SWT tulis untuk saya. Saya terima,” katanya.

Tidak hanya itu, Azwan mengakui sudah lama tidak merasai menyambut hari raya bersama keluarga.

“Masa mula-mula dulu memang rasa lain sangat. Kita dah biasa bersama-sama masa raya, tiba-tiba kena beraya seorang diri.

“Tapi sekejap je rasa macam tu. Bila dah masuk tahun ketiga sampai sekarang, saya rasa ok.

“Saya bukannya ‘lonely’ tapi lebih kepada ‘leave me alone’. Itu dua ayat yang jauh beza,” katanya.

Azwan yang memilih menyambut hari raya pertama di Kota Makkah akan pulang pada hari raya kedua.

“Sampai di sini, saya akan bersantai di hotel mewah dan meraikan lebaran dengan cara saya sendiri.

“Saya suka tengok gelagat orang yang bekerja pada hari raya. Kiranya saya jadi kawan merekalah pada hari itu,” katanya

Sumber : sinarharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here