Anak Selamatkan Fatin Afeefa! Kalau Tidak, Dia Tentu Dah… Nauzubillah!

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Fatin Afeefa, 24, mengakui pernah terdetik untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri kerana tertekan apabila dilempar pelbagai fitnah.

Dikaitkan pelbagai isu kontroversi, termasuk dikatakan kaki mabuk dan mengambil barang terlarang, Fatin berkata dia serta keluarganya menanggung malu apabila namanya terpalit cerita yang menjatuhkan air muka.

“Pernah beberapa kali niat jahat yang sebenarnya mampu memudaratkan diri terlintas di fikiran, namun mujur saya cepat sedar. Alhamdulillah, iman saya masih kuat.

“Menatap wajah dua anak kecil, Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 3, yang masih memerlukan perhatian, membuatkan saya berfikir semula.

“Tiada guna saya terlalu mengikut perasaan, sedangkan orang lain gembira melihat hidup saya musnah,” katanya yang dikatakan turut terpalit dalam isu foto panas aksi seorang wanita sedang bercium dengan teman lelaki, seperti yang tersebar, baru-baru ini.

Bakat yang mula mencipta nama menerusi filem Tentang Bulan ini turut mendakwa, kehidupannya tidak lagi tenang sejak berpisah pada Mei lalu apabila berterusan diganggu oleh bekas suaminya, pelakon Adam Shahz.

Fatin berkata, dia sudah melangkah daripada kehidupan silam mereka, malah pintu hatinya juga tertutup untuk kembali ke pangkuan lelaki itu.

“Sudah lapan bulan kami bercerai, tetapi mengapa dia masih tidak dapat menerima kenyataan? Saya mohon kepadanya, jangan cari saya lagi. Saya tidak sanggup untuk kembali hidup bersamanya.

“Selama ini, saya banyak bertolak ansur. Jika dia dalam kesusahan, saya sanggup membantu. Salahkah saya mencari kebahagiaan sendiri? Mengapa dia masih mahu mengganggu hidup saya?” katanya kesal.

Sumber: Bharian

“Saya Duduk Subang, Tak Kenal Bomoh” – Fatin Afeefa Jawab Tuduhan Adam Shaz

Anak Selamatkan Fatin Afeefa! Kalau Tidak, Dia Tentu Dah… Nauzubillah!

PETALING JAYA: Aktres Fatin Afeefa ingin bertanya kepada bekas suaminya, Adam Shahz siapakah wanita yang dimaksudkan oleh aktor itu dengan menuduh seorang wanita telah menyihirnya?

Ia disebabkan Fatin Afeefa tidak pernah melakukan perbuatan syirik itu selain mahukan kepastian kenapa bekas suaminya itu membuat tuduhan berkenaan dengan mengaitkan namanya.

“Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

“Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu,” ujarnya kepada mStar Online.

Fatin mengulas tentang pendedahan yang dibuat oleh pelakon Adam Shahz di Instagram bahawa dirinya pernah disihir oleh bekas isteri.

Pelakon Juvana itu pada Rabu mendakwa dia menjumpai beberapa barang pelik di dalam keretanya ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Anak Selamatkan Fatin Afeefa! Kalau Tidak, Dia Tentu Dah… Nauzubillah!

Pasangan ini bercerai pada 30 Mei 2017 dengan talak satu.

“Yes!!! Saya pernah dibomoh oleh ex-wife saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

“Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah SWT maha adil kerana statement bodoh kau cuba malukan keluarga aku,” tulisnya di Instastory pada Rabu.

Sementara itu, Adam yang dihubungi mStar Online berkata, dia mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan yang dibuat itu.

“Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta,” ujarnya.

Sementara itu, Adam turut menafikan bahawa dia masih menganggu bekas isterinya itu biarpun selepas lapan bulan berpisah.

Anak Selamatkan Fatin Afeefa! Kalau Tidak, Dia Tentu Dah… Nauzubillah!

Adam Shahz

Tambahnya, kenyataan yang diberikan oleh Fatin menerusi akhbar mingguan pada Ahad lalu telah mengaibkan diri dan keluarganya.

“Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya.

“Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga,” ujarnya.

Adam berkahwin dengan Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 dan mempunyai dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Pasangan ini bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here