BAPA MENINGGAL SEBELUM SEMPAT NIKAHKAN, MAJLIS KENDURI BERTUKAR JADI MAJLIS TAHLIL. SUNGGUH PILU

SUASANA suram menyelubungi majlis pernikahan Nur Faizah M Rosli, 30, yang bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung, semalam.

Bapanya, M Rosli Alias, 54 , sebelum ini merancang untuk menikahkan Faizah sendiri, hari ini.

Berikutan kematian M Rosli, keluarganya turut mengadakan majlis tahlil sebaik sahaja Faizah selamat dinikahkan dengan Muhamad Ridzuan Mohd Sidek, 30, di rumahnya di Taman Panchor Jaya, Seremban selepas solat Asar, petang tadi.

Nur Faizah berkata, dia bersyukur majlis pernikahan itu berjalan lancar walaupun hasratnya yang inginkan ayahnya menikahkan dia seperti yang dirancang tidak kesampaian.

“Keadaan itu menyebabkan adik menjadi wali saya dan dinikahkan Imam Satu Masjid Taman Panchor Jaya, Bukhari Kadam.

Esok majlis meraikan perkahwinan ini tetap akan dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) seperti yang dirancang.

Ini juga adalah hasrat ayah sebelum ini yang mahukan majlis ini berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di Seremban, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan majlis pernikahannya akan tetap dilangsungkan dengan sederhana berikutan kematian bapanya.

Allahyarham yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Seremban, meninggal dunia pada 11.50 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Arwah kemudian disembahyangkan di Masjid Taman Panchor Jaya, Seremban sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, malam tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak yang berusia 11 hingga 30 tahun.

“SEPATUTNYA ayah menikahkan saya esok (hari ini), namun tidak kesampaian kerana Allah SWT telah menjemputnya terlebih dahulu,” kata Nur Faizah M Rosli, 30, mengenai ayahnya, M Rosli Alias, 54 yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

Nur Faizah yang juga anak sulung daripada enam beradik berkata, ayahnya sudah merancang untuk menikahkannya sendiri dengan bakal suami, Muhamad Ridzuan Mohd Sidek, 30, sejak tahun lalu, namun hasrat itu tidak sempat ditunaikan Allahyarham.

Dia berkata, ayahnya disahkan menghidap sakit jantung sejak Oktober tahun lalu, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, minggu lalu selepas tahap kesihatannya merosot.

“Semasa ayah membuat rawatan susulan di IJN Selasa lalu, doktor menasihatkan dia ditahan wad untuk rawatan lanjut disebabkan tahap kesihatan yang lemah.

“Semalam kesihatan ayah kelihatan semakin baik dan dia sepatutnya pulang pagi tadi untuk membuat persediaan bagi menikahkan saya. Bagaimanapun, pagi tadi doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Walaupun dia pergi sehari sebelum hari pernikahan saya, kami sekeluarga reda dengan takdir Allah SWT,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, di sini, malam tadi.

Allahyarham yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Seremban, meninggal dunia pada 11.50 pagi semalam di sisi isterinya, Roslinda Abdullah, 48.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumahnya di Taman Panchor Jaya pada 7 malam sebelum jenazahnya disembahyangkan di Masjid Taman Panchor Jaya, di sini, dengan diimamkan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Nur Faizah berkata, majlis pernikahannya akan tetap dilangsungkan hari ini dengan sederhana dan akan turut dilangsungkan bersama majlis tahlil dan kenduri arwah.

“Buat masa ini, kemungkinan saya akan dinikahkan oleh adik, Khairil Aziz M Rosli, 25 di rumah lepas Asar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Seremban, Datuk Samsiah Samsudin berkata, kali terakhir beliau bertemu arwah pada Isnin lalu ketika mesyuarat Wanita Umno Bahagian Seremban iaitu sehari sebelum arwah dimasukkan ke IJN.

Pada hari itu, arwah kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Arwah seorang yang perahsia, walaupun sakit beliau tidak pernah bercerita dan komited dengan kerjanya.

Kehilangan arwah sangat dirasai kerana beliau seorang yang baik dan peramah selain aktif dengan kerja parti,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak yang berusia 11 hingga 30 tahun.

sumber harian metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here