Baru Dinaikkan Pangkat Jadi Pengarah, Wanita Hina Nenek Si Penyapu Jalanan. Saat Nenek Ini Membuka Jaketnya, Wanita Ini Terdiam ! Baru Kau Tahu Langit Tinggi Rendah!

Dalam kehidupan di sekitar, kita tidak akan menduga banyak orang boleh melakukan apa saja, bahkan dengan baju yang biasa – biasa, atau wajah yang tidak menyokong, itu tidak dibolehkan di status dan kekuatan di balik fizikalnya besar. Jom kita lihat cerita sebenar di bawah ini:

Seorang wanita berumur sekitar 40 tahun, yang baru saja menjadi pengarah di sebuah syarikat, membawa anak lelakinya datang ke pejabat untuk makan. Selesai makan, anak lelakinya membuang plastik bekas makan di lantai, dan datanglah seorang nenek dengan penyapu datang dan menyapu bersih sampahnya … Wanita yang baru menjabat jadi pengarah ini, melihat nenek ini menyapu, dengan baju biasanya, wajahnya yang sudah berkeriput bukannya bersara, malah jadi tukang sapu. Kerana itulah dengan senyum sinisnya dia bilang ke putranya, “Nak, sudah besar nanti rajin belajar ye, jangan jadi seperti orang tua sana, lihat tu, sudah tua tapi masih menyapu sampah!”

Anak lelakinya yang masih belum faham apa – apa, hanya mengangguk-angguk. Nenek ini melihat kesombongan wanita ini, dia bertanya, “maaf, tumpang tanya, kamu siapa ya di syarikat ini ?” Dengan angkuhnya dia menajwab, “Aku pengarah baru di sini … kenapa awak tanya ?” Nenek ini hanya angguk kepala tak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan sut rapi, menghampiri nenek ini. “Puan CEO, sebentar lagi mesyuarat akan berjalan, sila masuk ke bilik puan dulu ye.”

Nenek ini buka jaket lusuhnya, dan kelihatan baju dan sut rapi di sebalik jaketnya yang lusuh, ternyata dia adalah pengasas syarikat ini, tanpa mengubah ungkapan, dia berkata kepada lelaki itu, “En Razik, tolong ya buang jawatan wanita yang sombong ini, kita tak perlu orang sombong seperti dia di syarikat kita, nanti habis penuh sifat negatif kat sini.” Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita ini dan di hari itu dia dipecat! Wanita ini tak boleh menjawab apa – apa, terpaku, nenek CEO ini berkata kepada anaknya, “Aku memecat emakmu, berharap kamu faham, menjadi orang besar bukan ditentukan dengan kepintaran orang itu, tetapi bagaimana kita, orang besar, mampu menghargai orang – orang yang rendah di bawah dan membantu mereka. “

Ladies and Gentleman, hidup itu seperti roda, banyak skop lingkup kehidupan orang lain yang tak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya, tetapi hargailah setiap orang walau siapapun mereka.

 

Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Bukan Sebab Klorin Tetapi Rupa-Rupanya…

Tahukah anda, kenapa apabila kita mandi di dalam kolam renang ataupun kawasan air mandi berkolam mata kita akan merah?

Punca simtom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Perkara ini didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, menurut mereka kebanyakkan orang orang percaya mata merah dan pedih berkenaan adalah hanya kerana klorin yang dimasukkan ke dalam kolam, tetapi mereka silap kerana berdasarkan kajian ia adalah kerana campuran klorin, air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

“Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin.”

“Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang,” kata Chris Wiant, pengerusi Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana kebanyakkan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program, campuran-campuran air kencing dan bahan kotor lain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Dari kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Universiti Purdue yang terletak di Indiana, bukan sahaja air kencing, peluh atau najis, tetapi juga bahan kimia farmaseutikal yang datang daripada alat solek, bahan pencegah serangga dan krim pelindung matahari yang digunakan oleh sebahagian perenang sebelum mereka berenang.

Masalah ini bukan sahaja tersebar dengan menyedut udara malah menurut penyelidik dari universiti berkenaan berkata ia boleh merebak melalui pemakanan apabila selepas mandi, badan perenang akan dipenuhi air mereka terus makan. Ia juga merebak melalui penyerapan kulit menyebabkan mereka boleh jatuh sakit.

Untuk mengelakkan perkara ini, Michele Hlavsa iaitu ketua U.S. Healthy Swimming Program berkata, perenang hanya perlu menggunakan kolam untuk berenang, jika hendak buang air kecil pergi ke tandas dan bagi mereka yang hendak berenang tetapi sebelum itu sudah bersolek, mandi terlebih dahulu dengan membersihkan bahan solekan.

Tetapi berapa ramai yang akan mengikuti nasihat berkenaan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here