Budak Baling Kon Dari Tingkat Atas Ke Bawah! Polis Tidak Terima Laporan Lagi, Munkin Ini Sebabnya ..

 

Kuala Lumpur: Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan liar remaja lelaki sengaja mencampak kon dari tingkat atas sebuah bangunan kediaman yang tular di media sosial sejak semalam.

Video Kejadian Berada Di Pautan Akhir Artikel

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung video kejadian itu.

“Setakat ini, belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu (mencampakkan kon dari tingkat atas kediaman),” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Dalam rakaman video dipercayai dimuat turun di Instagram Stories (IG Stories) itu, seorang remaja lelaki dilihat mengangkat kon sambil ketawa sebelum mencampaknya ke tingkat bawah dalam video berdurasi 50 saat berkenaan.

Rakaman video itu mula tular di media sosial termasuk Facebook selepas dikongsi netizen yang mempertikaikan tindakan nakal remaja lelaki terbabit.

KES BALING BARANG YANG MEMBAWA MAUT

Dalam perkembangan berasingan, Rusdi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes seorang remaja perempuan maut selepas dihempap kerusi dicampak dari tingkat atas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, 15 Januari lalu.

“Laporan DNA berhubung kejadian berkenaan masih belum diterima dan tiada perkembangan terbaru diperolehi sehingga kini,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, S Sathiwaran yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala akibat hentaman kerusi berkenaan.

SUMBER : HMETRO ONLINE

RAKAMAN REMAJA BALING KON DARI TINGKAT ATAS

KENAPA POLIS TIDAK TERIMA LAPORAN?

Antara sebab kenapa adalah ramai yang menyatakan kejadian ini bukan berlaku di dalam Malaysia tetapi di Singapura. Video yang tular itu berasal dari negara jiran Singapura. Sebelum ini ramai menyangka kejadian ini berlaku di dalam Malaysia.

Ini salah satu caption yang di letak oleh salah satu media hiburan yang menyatakan kejadian ini terjadi di Singapura

“Antara bahalol bin bebal yang tak tahu apa masalah nak cari pasal. Bolehbaling kon dari tingkat atas. Disebabkan budak gemok macam ni la, habis budak gemok yang lain dapat nama.  Kejadian di Singapore HDB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here