“Cantik Dan Miliki Aura Seperti Bapanya” – Anak Perempuan Shah Rukh Khan Diramal Bakal Gegar Dunia Bollywood..

Anak-anak kepada hero legenda Bollywood, Shah Rukh Khan sentiasa menarik minat media mahupun para peminat.

Ketiga-tiga anaknya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam dikatakan mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing.

Aryan yang kacak dan Suhana yang makin cantik dikatakan bakal menjadi pelapis kepada legasi bapanya dalam bidang lakonan.

Suhana misalnya dikatakan memiliki aura bapanya kerana wajahnya yang saling tak tumpah seperti Shah Rukh sendiri.

Media tempatan melabelkan atau menyifatkan Suhana ini bagaimana bayangan Shah Rukh apabila mampu memberikan aksi bersahaja namun sangat mengesankan ketika di depan kamera.

Malah, terdapat aktres veteran iaitu Shabana Azmi yang percaya Suhana mewarisi bakat Shah Rukh dan bakal menggegarkan dunia Bollywood.

Bapanya itu juga pernah berkata bahawa anaknya itu mempunyai impian untuk menjadi seorang pelakon.

“Saya pernah saksikan persembahannya dan dia sememangnya bagus.

“Dia gemar menonton filem dan mahu menjadi sebahagian industri ini,” katanya.

Bagaimana, adakah anda sudah jatuh dengan kecantikan anak Shah Rukh ini? – Sumber: mstar online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here