‘COMEL PIPI MERAH’ Lagu Sempena Kelahiran Puteri Sulung Siti Nurhaliza. Alahai Cutenya Nama Lagu..

Sempena kelahiran puteri sulungnya yang dijangka pada Mac depan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, merakamkan sebuah single khas berjudul Comel Pipi Merah .


Full Video Lagu Dibawah!
Lagu tersebut adalah hasil ciptaannya sendiri manakala lirik oleh pengurusnya iaitu Rozi Sangdewi. Lagu ini mengandungi elemen lagu Can Mali Can yang membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanaknya.

Siti juga mengundang dua anak saudaranya, Siti Nurun Marsitah Mohd Ghazali, 12, dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri, 11, untuk mengiringi nyanyiannya.


Ulangtahun rasmi Sitizone ke-14 dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ke-39.
Hangat.com difahamkan bahawa Majlis Perjumpaan Sitizone dan Sambutan Ulangtahun Siti diadakan pada hari ini, 22 Januari 2018 di Bizmilla Insya Hall di Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis tersebut.

Kredit : Hangat.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here