Comelnya! Akhirnya Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah Kongsi Wajah Anak…

Sebelum ini Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis majlis pernikahan diadakan di kediaman pengantin perempuan di sini yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan acara adalah Reen Rahim, Daler Yusof dan Hafreez Adam.

Pasangan berkenaan yang menggayakan busana daripada Arief Shah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun.

Azwan dan Ezzaty bersyukur mereka selamat disatukan sebagai suami isteri.

Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 kepada Ezzaty manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Terdahulu Azwan dan Ezzaty, 26, mengadakan majlis pertunangan sebelum akad nikah berlangsung pada hari sama.

Sementara itu, Azwan yang ketika ditemui melahirkan rasa syukur majlis yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun perasaannya gugup ketika bakal dinikahkan oleh bapa mertuanya.

Kata Azwan, sebagaimana pasangan lain dia berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah perasaan gugup dan tidak boleh tidur lena sebelum ini hilang selepas kami diijab kabulkan.

“Tiada apa yang saya minta kecuali semua mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami berdua,” katanya.

Sebelum ini Ezzaty Abdullah mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan dan usia kandungan kini mencecah 35 minggu.

Ezzaty berkata, kali pertama melakukan imbasan adalah ketika kandungan berusia lima bulan.

Namun, selepas tiga kali imbasan barulah dia dan suaminya, pelakon Azwan Kombos bersedia berkongsi berita gembira itu.

“Suami insan paling gembira dan teruja apabila doktor mengesahkan jantina bayi kami. Dia sememangnya mahukan anak perempuan.

“Setiap hari kami akan keluar membeli barang keperluan bayi. Banyak juga yang dibeli, itu belum lagi campur yang diberi keluarga, rakan dan peminat,” katanya.

Ezzaty berkata, dia dan suami ada menerima tawaran produk barangan bayi yang ingin bekerjasama dengan mereka.

“Kami masih berbincang dan belum ada keputusan muktamad. Jika sudah capai kata putus, saya akan maklumkan nanti,” katanya.

Ezzaty yang dijangka bersalin pada Disember ini berharap semua peminat mendoakan kesihatannya dan bayi dalam kandungan.

Terbaru pelakon Azwan Kombos akhirnya berkongsi wajah terbaru anak sulungnya, Harum Dalia selepas 44 hari isterinya, Ezzaty Abdullah berpantang.

Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 33, memuat naik foto pertama Harum di laman Instagramnya pada Ahad.

“Assalammulaikum @harumdalia,” tulis Azwan.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial gembira dapat melihat wajah anak pasangan pelakon itu buat kali pertama.

Ruang komen di foto tersebut juga dipenuhi dengan pujian terhadap wajah comel Harum yang dikatakan sama seperti bapanya.

“Sama macam papa dia ini hehe.

“Walaikummussalam… Alolo comel nya.

“Comel sangat dia ni,” komen beberapa orang pengikutnya.

Terdahulu, Azwan pernah berkongsi foto yang memperlihatkan wajah Harum di laman sosialnya namun dipadam atas nasihat keluarga.

Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong dalam majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan itu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Disember tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here