‘Depa Ni Pengecut Alaf 2020, Jumpa Depan Telur Simpan Dalam Laci’ – Sharnaaz Ahmad

Gara-gara sering berdepan dengan netizen yang lahar dan acah-acah berani, Sharnaaz Ahmad berang dan menegur sikap sesetengah pengguna media sosial.

Melalui posting di Twitter, Sharnaaz telah bersuara bercerita tentang sikap sesetengah individu yang sengaja untuk menunjuk gangster dengan mengeluarkan kenyataan ini dan itu kononnya untuk menunjukan keberaian masing-masing.

Namun jika diajak berdepan, individu inilah antara orang paling pengecut!

“Dlm insta dan tweeter aku tgk semua gangster maya kejut sana sini.. konon kuat sempoi awek blh kagum. Tp jujur cakap, 99% depa ni semua pengecut alaf 2020. jumpa depan2 telur pun tinggal dlm laci bawang rumah mak.”

Malah Sharnaaz turut mengucapkan tahniah buat pemilik akaun Twitter dan Instagram kerana telah melahirkan bangsa serba ‘pondan’ menurutnya.

SHARNAAZ BASIR AHMAD@SharnaazAhmad

Dlm insta dan tweeter aku tgk semua gangster maya kejut sana sini.. konon kuat sempoi awek blh kagum. Tp jujur cakap, 99% depa ni semua pengecut alaf 2020. jumpa depan2 telur pun tinggal dlm laci bawang rumah mak. tahniah tweeter instagram krn lahirkan bangsa serba pondan..

Melalui satu sumber, Sharnaaz mungkin berang dengan sesetengah netizen yang tidak sensitif dan terlebih bersuara tentang isu Datuk Farid Kamil.

Baru-baru ini juga Sharnaaz ada marah dan menegur individu yang menyebarkan gambar-gambar Farid ketika ditahan di balai polis.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga dikatakan rajin membalas segala tomahan yang dilemparkan netizen mengenai Farid.

SHARNAAZ BASIR AHMAD@SharnaazAhmad

Ok baik, tunggu ko atau keluarga ko diuji.. masa tu jgn keluar fatwa mak kalihamput al haramii https://twitter.com/abangzam82/status/951964413279416320  

SHARNAAZ BASIR AHMAD@SharnaazAhmad

Kalau polis tu salah, polis tu lah kamjat, kalau lu yg salah, lu lah musibat yg di cari selama ni, ada masalah ke? Nak jumpa mintak sign tak? Ke nak lempang jugak? https://twitter.com/otadmiko/status/951683728643825664 

Sebelum ini Semenjak tersebarnya berita penahanan pelakon popular, Farid Kamil semalam pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang mengkritik tidak kurang juga yang menyokong dan yakin pelakon berkenaan tidak bersalah. Isterinya Diana Danielle setakat ini masih berdiam diri namun ruangan komen instagramnya telah ditutup.

Rakan artis, pelakon Sharnaaz Ahmad di twitter memberikan kata sokongan buat Farid Kamil. Malah, dia juga ada meninggalkan pesanan ini.

Be strong Farid

Di Twitter, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan sesiapa yang telah membocor dan menyebarkan gambar Farid Kamil. Sharnaaz menulis lagi, bagaimanakah dengan maruah keluarga Farid Kamil? Hari ini anda mungkin bahagia, tetapi bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menguji.

Gambar yang tersebar di laman sosial

Di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan Sharnaaz tersebut. Mereka mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak supaya perkara ini adil. Ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Diana Danielle dan anak, pasti sekarang ini Diana sangat tertekan dan sedih.

Sumber medihiburan.my dan ohbulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here