Diana Danielle Kantoi.. Apa Kena Mengena Sofea Jane Dengan Diana Danielle?

SELEPAS dihimpit kontroversi suaminya Datuk Farid Kamil ditahan akibat didakwa menampar anggota polis minggu lalu, Datin Diana Danielle pada Khamis tampil dengan potongan rambut pendek yang mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram.

Diana menunjukkan gaya terbaharu rambutnya itu ketika dia menghadiri raptai perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

“Abang dah makan. Sayang?,” usiknya.

Kantoi Apa Kena Mengena Sofea Jane Dengan Diana Danielle?

Pelakon filem Hanyut ini turut membuka semula ruangan komen di laman sosialnya itu setelah beberapa hari menutup ruangan tersebut.

Diana memuat naik foto dengan imej terbaharu di Instastory.

Kebanyakan peminat memuji penampilan baharu itu dan berpandangan Diana kelihatan lebih muda dan segar dengan potongan rambut pendek.

Kantoi Apa Kena Mengena Sofea Jane Dengan Diana Danielle?

“Sekali pandang macam Sofea Jane. Nampak muda remaja.

“Alamak sis, handsome teruk lah rambut pendek. By the way, selamat berjaya,” komen netizen.

Malah, ada juga yang menggunakan kesempatan itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada isteri Farid itu.

Peminat menyukai gaya terbaharu Diana ini.

“Semoga tabah hadapi ujian yang melanda keluarga anda sekarang. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi anda dan keluarga.

“Moga berjaya Didie, jangan campurkan urusan peribadi dan kerja ya. Hidup ini mesti diteruskan,” tulis peminat.

Sementara itu, pelakon Janna Nick turut memuat naik aksi mencuit hati Diana di menerusi Insta Story miliknya.

“Abang Didie…,” usik Janna.

Keletah dua aktres ini turut menarik minat pengikut sehingga ada yang memuat naik semula rakaman tersebut di laman sosial.

Banyak komen komen positif yang diberikan oleh netizen kepada Diana Danielle sempena perubahan baru ini.

“@jefristyleLooking so youg and so beautiful”

“@saffuan_azzuanSis @dianadanielleb Memang lawa bt rambut mcm 2… My idola ”

“@syahieda0708Sekali pandang nampak macam @jannanick plakk ”

Sumber: MSTAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here