Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini Kerana Suruh Solat….Doakan Ustaz Adib! Allahuakbar!

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)menyeru agar warga pendidik seluruh Malaysia dari jauh dan dekat mengadakan *Solat Hajat* dan *mendoakan* agar perjalanan kes Ustaz Adib yang bakal dibicarakan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Mariah kita bersama mendoakan agar kes USTAZ Adib dikurniakan kemenangan demi mengangkat martabat guru dalam persada pendidikan negara yang tidak pernah jemu dan sentiasa gigih mendidik anak bangsa agar berakhlak mulia dan patuh ajaran agama .

NGO Pendidik ingin melahirkan rasa simpati dan dukacita atas tindakan ibu bapa yang seolah-olah tidak menghargai peranan guru dalam proses untuk melahirkan generasi pelapis yang diharapkan agar memiliki jatidiri dan akhlak yang terpuji pada masa akan datang.

Wakil NGO Pendidik akan turun bersolidariti pada 26 Disember esok ,bagi memberi sokongan moral kepada Ustaz Adib yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang untuk dibicarakan kerana disaman oleh ibubapa yang tidak berpuashati apabila seorang yang bernama Ustaz Adib ini menghukum atau mendenda anaknya yang tidak mahu menunaikan solat ketika sesi persekolahan.

Justeru ,diharap NGO pendidikan,NGO masyarakat ,tokoh Pendidik,pertubuhan PIBG dan semua lapisan masyarakat dapat hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan moral kepada Ustaz Adib dan mendoakan kes saman dan perbicaraan ini beroleh kemenangan.

Semoga beliau tabah menempuh dugaan.Sekian.Terima kasih.

Salam hormat:

Pn.Normala Binti Sudirman

Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).

Kronologi & Siapa Ustaz Adib

Satu lagi kes yang tular di laman sosial ialah melibatkan seorang guru yang mengajar di sekolah agama rakyat.

Berikut adalah maklumat kes yang berhasil dikumpulkan menerusi penyebaran di facebook;

1. Ustaz Adib mengajar di SRA = Sekolah Rendah Agama.

2. Ustaz kini bertugas di JAIS.

3. Bukan ahli NUTP.

4. Bekerja di bawah Jabatan Agama. Bukan penjawat awam kerajaan sepenuhnya.

5. Hukuman yang dia buat hanyalah merotan pada empat pelajar yang lari semasa disuruh bersolat, 3 daripadanya telah memaklumkan pada ibu bapa kenapa dirotan, seorang lagi tidak memaklumkan sebab dirotan.

6. Turut dilaporkan kanak-kanak yang dirotan masih boleh berlari-lari selepas dirotan.

7. Kanak-kanak yang dirotan juga berkulit cerah.

8. Perbualan dengan Ustaz Adib :

 

 

9. Turut dimaklumkan, ibu bapa enggan mendengar penjelasan dan enggan menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelumnya.

10. Kronologi kejadian seperti keterangan Ustaz Adib :

 

 

 

 

11. Ustaz Adib berkata beliau dimasukkan ke dalam lokap selama lima hari selepas hadir ke IPD Kajang untuk memberikan keterangan bagi kes berkaitan.

12. Bagaimanapun keterangan beliau tidak diambil sebaliknya beliau dimasukkan ke dalam lokap bersama suspek lain.

13. Selepas tamat tempoh lima hari kemudiannya, beliau diminta hadir ke mahkamah untuk proses perbicaraan.

14. Beliau perlu hadir ke mahkamah pada 26 Disember 2017 ini.

 

15. Ustaz Adib juga meminta doa yang baik-baik dari semua pihak agar kesnya dapat diselesaikan dengan seadilnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here