Dilayan Seperti Sampah! Ini Penjelasan Noorkhairiah Selepas Jodohnya Tidak Panjang Dengan..

Tidak taahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh sesetengah syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni

“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusai itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja”

“Keputusan ini juga petunjuk Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka”

“Tetapi jangan salaha faham, sya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap seperti sampah,” jelasnya kepada mStar Online.
Busuk Sangat Ke Sampai Nak Layan Saya Macam Sampah!? Sudah 20 Tahun Saya Dengan Awak!
Image result for Noorkhiriah

Image result for Noorkhiriah

Image result for Noorkhiriah

Image result for Noorkhiriah

Image result for Noorkhiriah

Image result for Noorkhiriah

Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Walaupun Sedar Diri, Bukan Lagi Pilihan Bintangi Watak Utama, Noorkhiriah Harap Keputusan Kembali Ke Dunia Seni Dapat Diterima

Sanggup hadapi kecaman netizen kerana minat dan restu suami.

Bukan sekali pelakon Noorkhiriah membuat keputusan nekad untuk meninggalkan dunia lakonan dan kemudian masih lagi mewarnai persada seni. Kali pertama Noorkhiriah pernah membuat kenyataan berkenaan sekitar 2012, tapi biasalah rezeki dalam dunia seni terus datang mencurah-curah hingga membuatkan ibu kepada dua anak itu jadi berbelah bagi.

Nama pun rezeki buat apa nak ditolak. Tapi hal itu terus membuat dia dicop seperti tidak tetap pendirian dan bermain tarik tali. Seterusnya tahun lalu pada bulan Julai, sekali lagi pelakon yang kira-kira sudah dua dekad bergelar anak seni itu memutuskan untuk meletakkan titik noktah kepada kerjaya seninya.

Image result for Noorkhiriah

Sekali lagi baru-baru ini, Rojak Daily Kaw! dapat tahu Noorkhiriah tewas lagi apabila menarik semula keputusan yang dibuatnya tahun lalu. Ibarat ludah jilat balik, Noorkhiriah seakan tak mampu membendung darah seni yang masih kuat mengalir dalam dirinya.

“Keputusan ini dibuat atas dorongan minat sendiri dan izin suami. Satu perkara selepas membuat keputusan nak tinggalkan dunia seni, semakin banyak tawaran yang bertandang. Ia ujian untuk saya. Memang keputusan nak berhenti berlakon itu umpama kesilapan besar. Saya pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Tidak mementingkan watak asalkan seiring dengan usia dan pengalaman seni.(Kredit Gambar: Instagram Noorkhiriah @khiriah17)
“Cuma keputusan kali ini, saya kena selektif dalam menerima tawaran. Dalam soal lakonan saya memang kena bersikap tegas. Memang diri ini bukan lagi untuk watak utama atau heroin. Saya sedar diri. Tapi sekalipun diberi watak pembantu, biarlah ia seiring dengan usia serta pengalaman seni saya. Jangan watak diberi asal tangkap muat.

“Bukan demanding, tapi jangan anggap saya seperti tidak pernah wujud sebelum ini,” katanya yang buat permulaan kembali mengacara program masakan Kecoh Dapur musim kedua bersama teman baik, Ieda Moin.

Menurut Noorkhiriah, jika kena percaturan dengan skrip yang betul-betul mencabar, dia sanggup mempertimbangkan tawaran berlakon.

“Kalau watak yang benar mencabar, bayaran okey dan kru yang ngam, saya tak keberatan untuk terima tawaran itu. Kalau sekadar melepaskan batuk di tangga watak yang mahu diberikan itu, saya rasa tak perlulah,” katanya.

Sedar keputusan untuk kembali mewarnai persada seni ini pasti akan menerima kecaman netizen, Noorkhiriah enggan larut dengan situasi itu. Noorkhiriah kini juga rancak mempromosikan Jus Bidan Dara yang diusahakannya.

Sumber :http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/2105/sedar-diri-bukan-lagi-pilihan-bintangi-watak-utama-noorkhiriah-harap-keputusan-kembali-ke-dunia-seni-dapat-diterima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here