Dituduh cuba sabotaj acara, Nabila Razali akui bersalah dan sudah meminta maaf kepada penganjur serta tetamu hadir…

PENYANYI Nabila Razali memohon maaf berikutan dakwaan lewat menghadiri sebuah acara hiburan di Kota Damansara, baru-baru ini.

Nabila ketika dihubungi berkata, dia tidak berniat untuk lewat atau sengaja mensabotaj acara berkenaan dan apa yang berlaku membabitkan banyak pihak.

“Pada hari kejadian saya menjalani satu penggambaran program di Bangi dan ia habis agak lewat menyebabkan saya bergegas ke tempat sidang media di Damansara.

 

“Bagaimanapun, saya akui bersalah dan sudah meminta maaf kepada penganjur dan tetamu yang hadir atau sesiapa sahaja yang terasa hati,” katanya.

Menurut Nabila, sebagai pendatang baru dia mengaku perlu mempunyai sikap berdisiplin dan menepati masa.

“Ini adalah kali pertama saya terlewat disebabkan hal tertentu yang memang tidak dapat untuk dielakan.

“Saya memang seorang yang tidak suka orang menunggu saya. Tambahan pula, pengurus saya selalu berpesan agar menepati masa sekiranya mahu bertahan lama dalam industri,” katanya.

Terdahulu timbul gosip mengatakan penyanyi terkenal lagu Pematah Hati itu tiba ketika majlis hampir selesai di Damansara.

Serba sedikit mengenai Nabila Razali :

Nur Nabila binti Mohd Razali (lahir pada 13 November 1992),[1] atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali merupakan penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia. Nabila mula bergiat dalam bidang seni apabila beliau menyertai Akademi Fantasia Musim 10 pada 2013.[2]

 

Nabila Razali

Kelahiran
Nur Nabila binti Mohd Razali
13 November 1992 (umur 25)
Petaling JayaSelangorMalaysia

Kediaman
Kuala Lumpur

Warganegara
Malaysia

Nama lain
Nabila AF, Nabila AF13

Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kejuruteraan)

Pusat pendidikan
Universiti Sains Malaysia(USM)

Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur

Pekerjaan
penyanyipelakon

Tahun aktif
2013–kini

Terkenal kerana
Akademi Fantasia Musim 10(AF2013)

Kerjaya muzik

Genre
Pop

Instrumen
Vokal

Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Musi

Sumber : hmetro.com & wikipedia.org

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here