Dua Polis Trafik maut kemalangan..

CHUKAI: Dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis daerah Dungun maut, selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, dekat Teluk Kalung, di sini, petang ini.

Kemalangan kira-kira jam 2.25 petang tadi mengorbankan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal I Suresh, 36, di tempat kejadian.

Ketika kejadian, dua anggota trafik itu bersama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain dalam konvoi menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan menunggang jarak jauh motosikal berat.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata mereka menyertai latihan itu di Mersing, Johor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu.

“Berikutan kejadian itu kedua-dua anggota terbabit tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Said berkata, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

“Kita menahan pemandu dan kelindan lori terbabit untuk siasatan lanjut serta melakukan ujian saringan air kencing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here