Dulu Gaji RM10 -20 Ribu Sebulan Tapi Tak Pernah Cukup – Zul Yahya Kongsi Cerita Penghijrahannya

Hikayat Dunia

Pelakon Zul yahya kini telahpun berhijrah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Zul Yahya kini sering tampil dengan gaya berjubah dan kopiah di kepala.

Memang sejuk mata memandang Zul Yahya yang terbaru ini.

Kata Zul Yahya, dia baru sahaja berhijrah pada bulan April yang lalu dan sedikit demi sedikit menimba ilmu agama.

Ini komennya:

BANYAK UNDANGAN CERAMAH

“Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman,”

“Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

“Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

“Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega,”

SAAT PENGHIJRAHAN

“Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

“Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

“Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan,”

Jom tonton video ceramah Zul Yahya

 

sumber : dakwahtv
Kenapa Bapa Tak Berlakon, Ini Jawapan Anak Zul Yahya

Kenapa Bapa Tak Berlakon, Ini Jawapan Anak Zul Yahya

PELAKON dan pengarah filem, Zul Yahya menerusi Instagram peribadi memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Nak tahu apa jawapan yang diberitahu oleh Arissa kepada rakan-rakannya. Jom lihat video ini.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan Pepayaini.

Zul dilihat menghadiahkan ciuman di pipi Arissa sebagai tanda berpuas hati dengan jawapan bijak anak perempuannya itu.

Terdahulu viral sebuah video Zul Yahya berkongsi pengalaman penghijrahan dirinya dan keluarga di laman internet.

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia tidak menyangka dan terlintas di fikirannya untuk meraih populariti sebegitu.

Ditanya Kenapa Bapa Tak Berlakon Lagi, Ini Jawapan Anak Zul Yahya

Ditanya Kenapa Bapa Tak Berlakon Lagi, Ini Jawapan Anak Zul Yahya

Walau bagaimanapun, dia hanya mampu berharap perkongsian yang tidak seberapa itu mampu menjentik naluri yang mendengar untuk turut sama berubah ke arah yang lebih baik.

Perubahan yang dialami oleh Zul bukan hanya kepada pembawakan dirinya namun imejnya turut berubah yang kelihatan lebih selesa tampil berjubah dan berkopiah.

Rata-rata netizen menyokong perubahan Zul dan mendoakannya supaya terus istiqamah mencari jalan hidup lebih baik. – MYNEWSHUB.CC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here