Elfira Loy dan Sufian Suhaimi Putus Tunang.. Ibu Elfira Loy Akhirnya Dedahkan Sebab Kenapa..

 

Nama Elfira Loy tidak asing lagi industri hiburan tanah air. Bukan sahaja berbakat serta cantik, malah karakternya juga kelakar dan tidak sombong dengan peminatnya. Semua juga sedia maklum bahawa Elfira bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi tidak lama dahulu.

Tetapi sejak kebelakangan ni ada beberapa pihak mengatakan bahawa hubungan mereka mula goyah. Terbaru, status ikatan pertunangan Elfira dan Sufian akhirnya terjawab.

Jodoh tak panjang

Ibu pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff sendiri mengesahkan hubungan anaknya dengan Sufian sudah putus. Tambah Filzah ikatan pertunangan baru sahaja terlerai namun sebagai ibu, dia percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha.

Elfira dan Sufian mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan, mereka bakal disatukan pada bulan depan. Namun, status hubungan mereka mula jadi tanda tanya apabila mereka tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial media.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here