“Farid Kamil Beruntung, Ramai Sokong Dia” – Ezad Lazim

Sebelum ini Sekitar November yang lalu industri seni tanah air dikejutkan dengan penangkapan seorang artis lelaki, Ezad Exist yang disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall dan ujian saringan awal polis mendapati sampel air kencing Ezad positif dadah.

Terbaru Ezad telah dijemput untuk menghadiri temubual eksklusif h Live! di dalam segmen khas Apa Kata Malaysia. Menampilkan Pak Nil sebagai pengacara, Ezad tampil mendedahkan kisah pembabitannya di dalam penyalahgunaan dadah sehingga membawa kepada penangkapannya oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketika ditanya bagaimana mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah, Ezad mengaku ianya bermula sekadar hanya suka-suka dan faktor pergaulan antara punca utama dia terjerumus.

Ezad yang pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan dan pertunangan menganggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Kesudian Ezad untuk tampil dalam rancangan temubual bersama h live ini jelas menunjukkan niatnya yang mahu menjauhkan diri daripada terus terjebak dengan dadah.

Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya taknak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang.

Di penghujung rancangan, Ezad memohon maaf kepada semua pihak dan mahu mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Rasanya tak adil untuk kita terus menghukum Ezad ini kan? Semua orang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Moga Ezad belajar dari kesilapan lalu, kuat dan tabah menghadapi hari mendatang.

Penyanyi Ezad Lazim mengakui aktor Farid Kamil beruntung kerana ramai pihak yang menyokongnya selepas terlibat dengan kes menampar polis dan menendang dua orang awam serta penyalahgunaan dadah.

Menurut bekas vokalis kumpulan Exist ini, sebagai rakan dalam industri dia juga turut memberi sokongan kepada Farid dan berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.

“Saya nampak Farid Kamil agak bernasib baik kerana banyak pihak yang menyokong dia sejak awal.

“Kalau macam saya dulu tidak ramai orang yang menyokong namun apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

“Saya tidak tahu sama ada Farid Kamil terjebak mahupun tidak dengan gejala ini namun sebagai rakan saya doakan yang terbaik untuk dia.

“Mungkin ini adalah dugaan serta musibah dalam hidup dia dan Farid harus memandang perkara ini dari sudut positif,” katanya kepada Astro Gempak.

Ezad berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Kopi Badang di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here