Apabila melihat Fattah Amin dan Fazura, jujur kami cakap mereka kelihatan begitu serasi bersama dan sangat romantis! Tidak hairanlah peminat – peminat terlalu obses dengan mereka sehingga menggelarkan pasangan ini sebagai Fattzura.

Jangan Terlalu Taksub

Boleh dikatakan kedua – dua personaliti ini mempunyai kelab peminat yang begitu kuat. Akan tetapi, Fazura menerusi kenyataanya melalui Astro Awani, memohon agar peminat beliau dan Fattah tidak terlalu taksub untuk melihat gandingan mereka bersama.

“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya. Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,”

Bukan Kahwin Secara Tergesa – Gesa

Dalam perkembangan lain,Fazura turut menafikan bahawa mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam keadaan tergesa-gesa.Menurut Fazura, segala majlis mereka sudah lama dirancang dan sengaja tidak mahu memperbesarkannya.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi. Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,”

Sumber: Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here