Fizz Fairuz & Almy Nadia PANAS HATI Dengan Netizen?

 

Pelakon Fizz Fairuz atau nama sebenar beliau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, kini bergelar Datuk selepas menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar baru-baru ini.

Fizz Fairuz yang juga Pengarah Urusan untuk Rain Maker Creation Sendirian Berhadmenerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Istiadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

BACA  Tahniah! Datuk Farid Kamil & Datuk Aaron Aziz Penerima Darjah

Anugerah yang diterima oleh Fizz dikecam oleh ramai netizen dan mereka mempersoalkan sumbangan apakah yang Fizz sumbang kepada negara? Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Fizz adalah anak jati Raub dan melalui Instagram Fizz.

“Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” ujarnya, memetik laporan Bernama.

Banyak gambar-gambar pembabitan beliau dengan aktiviti-aktiviti pelancongan untuk mempromosi pelancongan dan budaya untuk negeri Pahang semenjak 3 tahun yang lalu. Isteri kepada Fizz, Almy Nadia, 32 juga sering turun padang membantu Fizz untuk menjayakan lagi program-program tersebut.

Fizz juga dilantik sebagai Ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang pada awal bulan Januari yang lepas. Jadi penganugerahan yang diterima oleh Fizz adalah atas usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya.

BACA  Pertarungan Selebriti & Media Rebut Piala Amal Ijtihad Prihatin Malaysia

Hangat.com mengucapkan tahniah kepada Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia. Teruskan dengan segala aktiviti-aktiviti untuk mempromosikan negeri Pahang. Mungkin selepas ini menjadi ikon untuk negara untuk promosi negara Malaysia di negara luar pula?

Sementara itu, antara selebriti terkenal yang pernah menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang sebelum ini adalah komposer Ramli MS, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan pelakon, Datuk Adi Putra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here