Foto Doktor Di PPUM Sedang Makan Buat Netizen Terharu, Ini Kisahnya

 


Dah menjadi lumrah kehidupan seorang doktor apabila hidup sehari-hari penuh dengan kesibukan terutamanya ketika berada di hospital kerana mereka sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam memberi rawatan kepada pesakit sehinggakan kurangnya masa untuk mereka berehat.

Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter dengan nama Ayuni Johari berkongsi gambar seorang doktor yang kelihatan makan dengan teruru-buru kerana mengejar masa untuk memberi rawatan kepada pesakitnya.


Menurut Ayuni, gambar tersebut diambil ketika dia sedang menunggu giliran di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pada mulanya dia fikirkan doktor terbabit ingin membeli air di mesin layan diri (vending machine) berhampiran dengan deretan kerusi.

Namun sangkaannya meleset apabila doktor muda tersebut duduk dan terus makan makanan yang dibungkus dengan cepat dan kelihatan seperti dalam keadaan tergesa-gesa.

Ayu berasa terharu dan dalam masa sama, kagum melihat keadaan doktor tersebut kerana mereka sentiasa memberikan rawatan terbaik untuk setiap pesakit walaupun masa untuk diri sendiri sering terabai.

Sementara itu, ada juga netizen lain berkongsi pengalaman mereka memiliki ahli keluarga dari bidang perubatan.


Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada netizen lain dan kebanyakannya turut berasa terharu dengan pengorbanan seorang doktor. Bukan hanya tidak sempat makan, malah ada kalanya mereka tak sempat untuk ke tandas serta mengorbankan cuti rehat demi memastikan pesakit sembuh.


Netizen turut berkongsi cerita bahawa bukan hanya doktor yang melakukan pengorbanan sedemikian, malah semua kakitangan di hospital dan klinik turut bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Dalam masa sama, netizen tidak faham mengapa masih ada segelintir masyarakat yang mempertikaikan kerja doktor serta jururawat sehingga menyifatkan mereka pemalas.

Foto: Twitter
Jadi tidak hairanlah perkhidmatan perubatan di Malaysia antara yang terbaik di dunia, terima kasih doktor dan jururawat serta yang seangkatan dengannya! – CARI

Sharing is caring!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here