[Gambar] 10 Selebriti Tempatan ‘Maintain Cantik’ Meletop!!!


Image result for vanida imran

Setelah dilihat dan dinilai, kami hari ini senaraikan 10 selebriti tempatan yang bagi kami mereka ini ‘maintain cantik’ daripada dahulu hinggalah sekarang. Selebriti tersebut bukan sahaja cantik di luar, malahan kami yakin mereka juga mempunyai kecantikan dalaman yang membuatkan orang ramai tetap menyayangi mereka hingga sekarang.

Jom tengok 10 selebriti tempatan yang ‘maintain cantik’, pilihan Wanista:

Vanidah Imran, 42 tahun

vanidah

Vanidah binti Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran (lahir 8 Februari 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia. Beliau pernah melakonkan banyak drama televisyen dan filem wayang. Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon Rashidi Ishak. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.

Datin Norjuma, 35 tahun

[Pilihan Wanista] 10 Selebriti Tempatan ‘Maintain Cantik’

Datin Norjuma Habib Mohamed adalah pengasas tudung Bawal Aidijuma Jika dahulu Norjuma antara personaliti terkenal di televisyen kini kehidupannya lebih tertumpu kepada buah hati baharunya iaitu perniagaan tudung bawal di bawah jenama AidiJuma. Wanita bermata cantik ini mempunyai personaliti menawan meskipun berpenampilan ringkas tatkala sesi wawancara dijalankan. Dia seorang yang merendah diri dan sopan dalam pertuturannya.

Amy Mastura, 44 tahun

Amy Mastura binti Suhaimi (lahir 10 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.

Maya Karin, 36 tahun

maya

Maya Karin Roelcke atau lebih dikenali sebagai Maya Karin (dilahirkan pada 29 Oktober 1979), merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Kini menjadi salah satu pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu.

Ziana Zain, 47 tahun

ziana

Siti Roziana binti Zain (lahir 2 Mei 1968), lebih dikenali sebagai Ziana Zain merupakan seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan di Malaysia. Beliau bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.

Zizie Ezette, 37 tahun

Zizie Ezette

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.

Fasha Sandha, 31 tahun

fasha

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984) atau Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun. Beliau disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Nur Fazura, 32 tahun

fazura

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil.

Rozita Che Wan, 42 tahun

che ta

Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Datin Paduka Umie Aida, 42 tahun

umie

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida merupakan seorang aktres terkenal di Malaysia yang juga bergelar penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan. Dilahirkan pada 18 Januari 1974 di Kuala Lumpur. Umie memulakan karier lakonan ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sumber : wanista

Sumber : sembangkenchangtoq.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here