[Gambar] 7 Penyanyi Remaja Paling Popular Sepanjang 2017


Tahun 2017 menyaksikan nama – nama penyanyi baru terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai penyanyi remaja begitu menyerlah sekali. Ada yang berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan tidak kurang juga yang memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Sebagai mengira detik untuk tirai 2018, Hangat.com bawakan beberapa penyanyi remaja yang begitu menyerlah sekali pada tahun 2017

1. Aiman Tino

Nama Aiman Tino mula terserlah apabila lagunya Ku Rela Dibenci mula mendapat perhatian meluas sehingga tercalon dalam Juara Lagu 31. Sejak daripada itu, nama Aiman Tino menjadi sebutan di bibir peminat. Lihat saja pencapaiannya kini yang turut melancarkan baju seragam sekolah jenamanya sendiri.

2. Megat Abdul Rahim

Nama Megat Abdul Rahim tidak asing lagi mula terserlah apabila lagunya Sinar mula mendapat perhatian meluas. Sejak daripada itu, nama Megat Abdul Rahim menjadi sebutan di bibir peminat. Lihat saja pencapaiannya kini dan menunggu saat tiba nya album pertama beliau.

Lihat Video dibawah:

3. Haqiem Rusli

Penyanyi ini tidak dinafikan memang berbakat besar. Mula menempah nama melalui rancangan realiti Idola Kecil seterusnya Mentor Millenia, Haqiem Rusli tidak pernah berputus asa.

Boleh dikatakan semua lagu-lagunya adalah hits dan bukan itu sahaja, beliau juga muncul sebagai artis pertama di Asia yang menggunakan teknologi VR di dalam video klip lagu terbarunya, Jatuh.

4. Wany Hasrita

Meskipun baru muncul dengan beberapa single, kesemua lagunya itu mencuri perhatian peminat. Selain dari menjadi OST untuk beberapa buah drama, Wany Hasrita juga mengejutkan ramai pihak apabila lagunya tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 32

5. Ara Johari

Antara pelajar Akademi Fantasia yang paling berjaya. Selain dari finalis Akademi Fantasia 2016, Ara juga tercalon dalam AJL 32 dan sebelum ini turut menjadi top 12 Akademi Fantasia Megastar

6. Khai Bahar

Bermula dari aplikasi Smule siapa sangka nama Khai Bahar tular dan seterusnya menarik minat syarikat rakaman untuk mengambil beliau sebagai artis rakaman mereka. Bukan itu sahaja, Khai Bahar turut merangkul beberapa anugerah dalam dan luar negara termasuk sebagai Penyanyi Lelaki Popular

7. Ernie Zakri

Ernie Zakri mula mencipta nama menerusi Bintang RTM suatu ketika dahulu. Penyanyi yang berusia 25 tahun ini seterusnya mula menjadi guru vokal kepada beberapa orang penyanyi termasuk pada pasangan duetnya, Syamel yang kini popular menerusi lagu Ada Cinta

8. Syamel

Juga antara pelajar Akademi Fantasia yang begitu menyerlah. Keunikan suaranya ternyata melayakkan dirinya ke pentas akhir AF Megastar dan Juara Lagu 32 tidak lama lagi.

Sumber : sumberilhamku, sembangkenchangtoq

Sumber : sembangkenchangtoq.com

Post navigation

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here