GANJARAN RM23,888 UNTUK INFO DAN RM32,888 BAGI YANG BERJAYA TANGKAP MANGSA BUNUH DAN GILIS DI STESEN MINYAK DI JOHOR

Identiti & Ganjaran bunuh lelaki mangsa gilis dan tikam di johor

Tidak hanya menjadi buruan ,media berbahasa cina mendakwa terdapat harga yang ditawarkan bagi mereka yang berjaya mendapat kepala mangsa bunuh di stesen minyak johor bahru baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagi Ah chin 44 yang mungkin ketua bagi kumpulan kongsi gelap menjadi buruan beberapa pembunuh upahan dengan harga RM23.888 diberikan bagi mereka yang berjaya mendapat maklumat mengenainya dan RM32.888 pula yang berjaya menangkapnya.Hal itu disahkan oleh datuk seri ahmad zaidi hamid dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian dalam negeri.Isteri mangsa seorang warga vietnam telah menuntut tubuh mangsa dari bilik mayat hospital sultan sulaiman pada jam 2.10 petang semalam.tubuh mangsa diletakkan di nirvana momorial park kulai untuk beberapa hari sebelum disemadikan nanti.

Wanita berusia 20-an itu dilihat mengadakan ritual  di lokasi kejadian bagi menyempurnakan upacara keagamaan.

Upacara itu dikendalikan dua sami dan berlangsung kira-kira 15 minit bertujuan supaya roh mangsa ditinggalkan dalam keadaan aman mengikut kepercayaan agama mereka.Terkini diketahui Dua daripada empat suspek kes pembunuhan itu berjaya ditahan.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan dan mengepung kereta BMW 520i yang dinaiki suspek. Penjenayah tersebut tidak sempat menukar nombor pendaftaran kereta yang digunakan pada malam kejadian

Polis dedah punca lelaki kena bunuh di johor

INSIDEN pembunuhan tragis membabitkan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam Ahad lalu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan turut mengesahkan mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis sudah mengenalpasti empat suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka.

“Polis juga sudah bersedia dengan sebarang tindakan balas dendam oleh kedua-dua kumpulan kongsi gelap berkenaan. Kami faham itu budaya (balas dendam) mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, mangsa yang berusia 30 an maut akibat tikaman dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah ‘stab wound to the heart’ (luka tikaman ke jantung).

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i sehingga mati.

CREDITS : EBERITA

LAPORAN TERDAHULU

KES BUNUH DI JOHOR: BELUM ADA TANGKAPAN

Polis Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob mengesahkan maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) yang turut dikongsikan di aplikasi sembang adalah tidak tepat memandangkan belum ada sebarang tangkapan dibuat.Beliau berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

Malam semalam, dipercayai empat lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an sehingga mati dalam kejadian tragis pada 7.30 malam.

Sejak pagi ini, satu berita berhubung suspek dalam kes bunuh itu yang sudah berjaya ditangkap tular di FB dan turut mendakwa kes berkenaan sudah selesai

Laporan terdahulu,

TIKAM, LANGGAR DAN GILIS HINGGA MATI. KEJADIAN YANG BERLAKU DI STESEN MINYAK SHELL JOHOR

EMPAT lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.Katanya, ketika itu mangsa bersama wanita yang dikatakan pergi ke stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta mereka.

Bagaimanapun, ketika mengisi angin tayar Volkswagen miliknya tiba-tiba empat lelaki menaiki BMW putih menghampirinya.Mereka menarik mangsa dan berlaku pergelutan. Keempat-empat suspek dikatakan cuba memaksa mangsa menaiki kereta itu.Isteri mangsa yang juga warga asing berusia 20-an terus lari untuk mendapatkan bantuan manakala mangsa bergelut dengan keempat-empat suspek.

“Mangsa dikatakan dilanggar dan digilis oleh kereta suspek ketika terbaring selepas cedera ditikam.

Suspek turut dikatakan membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan dan apabila tiba, polis dapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa, dipercayai ditikam.

Wanita berkenaan masih trauma dan dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek melarikan diri menggunakan BMW putih dengan nombor pendaftaran WB79L dan kami sedang mengesan pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, suspek dikatakan membaling mercun di kawasan itu dipercayai bagi menakutkan orang ramai kerana ketika itu ramai pelanggan di stesen minyak dan kawasan berhampiran.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Kami masih menyiasat motif kejadian mengikut beberapa sudut dan latar belakang mangsa sama ada peniaga atau mempunyai kerja tetap,” katanya.

Dalam pada itu terdapat satu video berdurasi satu minit 23 saat yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan kejadian itu

Seperti biasa, netizen mencari maklumat berdasarkan number plate kereta tersebut dan telah menemui pemilik. Samada kereta itu dicuri atau tidak masih tidak dapat dipastikan.

Video uncensored di bawah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here