Image result for kereta api tergelincir

Image result for kereta api tergelincir
UPONT WASHINTON: Sekurang-kurang-kurangnya enam maut dan hampir seratus yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Tacoma, Washington, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian pada pagi Isnin itu, sebuah gerabak turut jatuh ke lebuh raya Interstate 5 menyebabkan keadaan tegang dan panik.

Angka korban dijangka meningkat.

Amtrak menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden membabitkan kereta api 501 itu sedang dalam perjalanan dari Seattle, Portland, Oregon.

Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang luar biasa selepas semua lorong menuju ke selatan Base Lewis-McChord ditutup sementara.

Punca kejadian sedang disiasat pihak Amtrak.

SUMBER: ASTRO AWANI

Di Malaysia Jugak Pernah Berlaku Kes Sebegini Pada 2014

Kereta api tergelincir di Bukit Mertajam

Kereta api tergelincir di Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta api barang tergelincir lalu terbalik dari landasan berhampiran Taman Tan Sai Ging, di sini dalam kejadian pukul 3.30 pagi Ahad.

Kereta api lima gerabak itu bertolak dari selatan Thailand pada pukul 11 malam Sabtu dan dalam perjalanan ke Selatan Semenanjung. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Berikutan kejadian itu, semua perjalanan kereta api kargo serta penumpang dari Utara ke Selatan dan sebaliknya, terganggu sementara menunggu kerja-kerja mengalihkan gerabak itu selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata beliau ada menerima laporan berkaitan kejadian itu dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya KTMB dan kontraktor landasan kereta api itu iaitu MMC Gamuda sedang menyiasat punca kejadian kerana insiden berkenaan berlaku di atas landasan baharu untuk projek Landasan Berkembar Elektrik.

“Sebuah kren seberat 100 tan telah digunakan untuk mengalih gerabak yang terbalik dan kerja-kerja dijangka selesai lewat petang ini,” kata Lim ketika dihubungi.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mengambil perhatian serius kejadian yang berlaku dan akan mendapatkan laporan lengkap daripada pihak KTMB.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Cheah, 50-an, berkata ketika kejadian, dia dan keluarga sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar bunyi geseran yang kuat sebelum disusuli bunyi dentuman.

“Bunyi dentuman itu sangat kuat dan kami sekeluarga terus bangun daripada tidur kerana bimbang berlaku gempa bumi atau sebagainya, saya keluar dari rumah untuk melihat apa yang terjadi.

“Dari rumah saya nampak kereta api yang membawa gerabak kontena sudah terbalik dan barangan yang dibawa juga bertaburan di atas lantai, nasib baik kereta api itu tidak mengenai rumah penduduk di sini,” katanya dan menambah jarak antara rumahnya dan landasan tidak sampai 10 meter.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil KTMB yang berada di tempat kejadian gagal selepas mereka enggan mengulas sebaliknya memaklumkan kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat.

SUMBER: ASTRO AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here