ISTERI INI DIBAKAR HIDUP HIDUP DAN MERASAKAN NERAKA ITU WUJUD. SEBAB SUAMINYA BAKAR ISTERINYA ITU BUATKAN ORANG LAIN TERGAMAM.. ISTERINYA ITU HANYA MELAKUKAN……

Cemburu adalah satu sikap yang boleh menjadi punca kepada keruntuhan sesuatu hubungan sehingga ia digelar ‘relationship killer’. Cemburu juga boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan bertindak di luar jangkaan.

Seperti kejadian yang berlaku kepada seorang wanita di Thailand yang hampir kehilangan nyawanya selepas dia dibakar hidup-hidup oleh suaminya akibat dari cemburu buta.

Disebabkan berasa cemburu terhadap perhatian yang diberikan isterinya untuk berselfie di media sosial, Chatchawarn telah menyimbah minyak tanah ke atas badan isterinya, Nednapha Nuankhul, lalu menyalakan api ke dan membakar isterinya.

Kejadian itu dikatakan telah berlaku di kediaman mereka di sebuah pekan kecil bernama Chiang Kham, utara Thailand.

Menurut laporan, Naunkhul telah memuat naik tiga gambar ‘selfie’nya secara berturut-turut di Facebook, dan perbuatannya itu telah membuatkan suaminya, Chatchawarn marah berikutan berasa cemburu.

Pergaduhan mereka berdua kemudian bertukar menjadi ganas apabila Chatchawarn bertindak menuang minyak tanah ke atas badan isterinya dan menyalakan api ke badan isterinya secara tiba-tiba. Tindakannya itu menyebabkan Nuankhul terbakar sepenuhnya.

Nuankhul kemudiannya telah dibawa ke hospital berdekatan dan menerima rawatan. Selepas sahaja keluar daripada hospital, Nuankhul telah menjelaskan,

“Ia telah meninggalkan parut secara luaran dan juga di dalam hati saya. Tapi saya perlu memaafkan suami saya kerana kami mempunyai anak bersama. Apabila api itu menyala, saya rasa yang neraka itu betul-betul wujud. Ia adalah kesakitan yang paling teruk dan menakutkan untuk orang lain bayangkan. Saya akan kekal seperti ini selama-lamanya dan saya tahu neraka itu wujud. Anda boleh larikan diri dari apa sahaja tetapi tidak dari karma.”

Selain itu, kawan kepada Nuankhul, Sudarat Khunarup telah menangkap gambar kawannya yang melecur akibat terbakar itu sebagai usaha untuk mengumpulkan sumbangan bagi membiayai rawatan Nuankhul. Menurut Sudarat,

“Dia telah menjalani pembedahan di bahagian leher, mulut dan dagu sebanyak dua atau tiga kali. Jarinya juga telah rosak dengan teruk dan dia memerlukan banyak pembedahan lagi pada tangan kanannya, dan dia juga mempunyai banyak masalah ligamen sekarang.”

Dia tidak boleh bekerja dan suaminya kini berada di dalam penjara. Sekarang dia memerlukan bantuan dari segi keperluan seperti air, minyak alkohol untuk luka, kain kapas, pembalut dan bekalan perubatan yang lain.”

Sementara itu, suaminya, Chatchawarn kini masih berada di dalam tahanan polis selepas dia mengaku telah membakar isterinya, Nuankhul.

Sumber : sam sendat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here