Jangan Terkejut! Koleksi Gambar Nora Danish Di Zaman Bangku Sekolah


Sebut sahaja Nora Danish, hampir 1 Malaysia mengenali bintang ini. Nora sudah dikenali dan popular sehinggakan mempunyai jutaan pengikut di Instagram. Tetapi sebelum dia popular, dia juga melalui kehidupan seperti manusia biasa, tidak ada perbezaan pun daripada orang lain.

Gambar Zaman Sekolah

Sama seperti orang lain, Nora juga merasai bergegas untuk ke sekolah dan melakukan aktiviti yang kanak–kanak buat. Mesti ada yang pernah terfikir macam mana rupa Nora di zaman sekolah atau semasa muda remaja. Kalau nak tahu jom kita lihat gambar dibawah.

Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dinali sebagai Nora Danish dilahirkan pada 7 Mac 1982.

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangordi mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Gambar ini telah dikongsikan oleh rakan Nora yang dikenali sebagai Azza Hafliah.

Nak tahu yang mana satu gambar Nora dalam gambar di atas? Lihat logo Hangat.com di dalam gambar, Nora duduk hujung paling kanan. Nampak lain kan?

Nora kini sedang menghitung hari yang dijangka bersalin pada 9 Mac depan. Nora juga kini mucul dalam filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila HudaAdi Putra dan Puteri Balqis telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari lalu.

Sumber:hangat.com

Sumber : www.kepohkuat.com/

 

 

Model Kontroversi Alicia Amin Bunuh Diri!!


Cubaan Membunuh Diri… MODEL Alicia Amin mendedahkan dia pernah dimasukkan ke wad psikiatri selama seminggu atas cubaan membunuh diri pada awal tahun lalu namun tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.

Menerusi laman Instagram, Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata, kejadian itu berlaku selepas dia tamat menjalani penggambaran program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.

“Saya pernah bangun tidur di wad psikiatri dan terpaksa tinggal di sana selama seminggu kerana saya cuba membunuh diri tapi gagal pada awal 2017. Saya tidak pernah bercakap tentang perkara ini.

“Ia terjadi selepas tamat penggambaran ASNTM tetapi tidak siapa yang tahu, sebelum saya berpindah ke Melbourne dan saya belajar untuk berdiri untuk diri sendiri dan perkara-perkara yang saya percaya akan beri memberi inspirasi pada orang lain yang berasa seperti mereka dalam kegelapan.

“Enam bulan kemudian saya ambil gambar ini di Pulau Tenggol (Terengganu) dan belajar betapa sukarnya fotografi bawah air,” tulis Alicia.

Membunuh diri bagi orang Islam adalah haram hukumnya.

Alicia berkongsi kisahnya yang tidak pernah diketahui umum di Instagram.

Pelakon drama Meh Sandar Lagi ini juga memberitahu semua akan melalui kesukaran serta kejahatan yang berbeza namun mereka perlu bertahan dan jangan menyerah kalah terlebih dahulu.

Kata Alicia berbekalkan kepercayaan, kemaafan dan kebaikan daripada dan kepada diri sendiri akan dapat membantu segalanya menjadi lebih baik.

“Saya tak boleh janji pada awak yang semuanya akan berjalan seperti awak inginkan, sebab kehidupan ini tidak boleh dijangka.

“Kita semua akan lalui kesukaran yang berlainan, kejahatan berbeza tetapi saya menggesa anda untuk bertahan lebih lama sedikit.

“Biarkan diri anda dengan beberapa kesilapan lagi dan katakan pada semua yang anda boleh, sebelum anda berfikir untuk menyerah.

Alicia akan sentiasa mengingatkan semua orang bahawa setiap wanita mempunyai hak.

“Anda akan terkejut dengan sedikit kepercayaan, kemaafan dan kebaikan akan bantu segalanya menjadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam Pada itu, Alicia juga sentiasa mengingatkan semua orang bahawa setiap wanita mempunyai hak dan mereka sepatutnya berasa bangga dengan fizikal yang dikurniakan.

“Saya mengalu-alukan 2018 dengan lebih banyak perjalanan, hutan hujan tropika dan lautan – sentiasa perhatikan vlog!

“Saya akan terus memberitahu netizen bahawa setiap wanita mempunyai hak, kita sepatutnya menyukai warna kulit kita yang gelap dan semua orang mempunyai badan yang cantik,” katanya.

sumber: star

Sumber : sembangkenchangtoq.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here