Perkongsian Dr Hamid Arshat Mengenai Penyakit Kencing Manis, Makanan Yang Disyorkan & Patut Elak

Ramai rakyat Malaysia yang menghidap Diabetis atau lebih dikenali dengan nama penyakit Kencing Manis akibat pengambilan gula yang tinggi, pemilihan makanan yang salah serta tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menerusi perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, beliau menjelaskan mengenai penyakit kencing manis ini, makanan yang perlu dielakkan serta makanan yang disyorkan sebagai langkah mencegah bagi penyakit ini.
Berikut antara perkongsian beliau;

“Kedua-dua abang saya menghidap penyakit diabetis. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alhamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.”

1. Lebih kurang 18 % penduduk Malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes)
Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan boleh jadi pesakit diabetes jika tidak mengambil langkah-langkah mencegah.Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula, justeru digelar penyakit kencing manis.

2. Terdapat 3 Jenis Diabetes;

a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umur 20 tahun. Sel-sel beta dalam pankreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.

b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umur 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.

c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon-hormon ketika hamil.Pesakit-pesakit saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.

3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan lain.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemukkan, makan berlebihan karbohaidrat dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ-organ boleh berlaku : Rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran-saluran darah yang menyebabkan gangrene dan lain-lain.

4. Langkah-Langkah Mengawal Dan Mencegah Diabetes;

a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar oleh kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.

b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan.
Nasi, mee, roti, kuih muih, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain-lain kesemuanya mengandungi karbohidrat dan gula.
Kurangkan amount makan.Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur-sayur, buah-buah dan lauk dari protien.

c. Makanan-makanan perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
Jauhkan makanan yang mengandungi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan meningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.

Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
Jauhkan produk-produk GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
Jauhkan semua minuman arak dan beer.

d. Makanan-makanan yang disyorkan.
Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
Makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
Makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogart.
Protien, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, kacang dhall.
Lemak-lemak baik seperti Minyak kelapa.
Makanan rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avarcado.

e. Supplement , gantian gula, herba.
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

1. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.

2. Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salur darah.Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.


3. Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.

4. Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal kolestrol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.

5. Gantian gula
a. Sweetener P3.
Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati dipasar-pasar supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
b. Stavia.
Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.

6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahan kematian sel-sel. Ia juga mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.

7. Herba-herba tempatan
Saya dapati beberapa jenis herba-herba tempatan ada berkesan mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain.
Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.

8.Senaman, kawal kegemukkan ,rehat dan tidur
Sangat penting lakukan senaman 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.

two young muslim women is stretching her body before they jogging in the morning.

Cukupkan tidur 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.

Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga pada yang lain.

Sumber: Dr Hamid Arshat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here