‘Jumpa Saya Depan-Depan Kalau Tak Puas Hati!’ – Zulin Aziz Bengang Digelar Perempuan Melayu Sundal!

Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar sundal oleh seorang wanita yag tidak pernah dikenalinya.

Semuanya gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ kepada Harian Metro baru-baru ini.

Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) dikenali sebagai Dura Hatta berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu Sundal’.

Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa…Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya redha je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.

Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dasyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.

Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.

Jom Baca Artikel Dari Hmetro Tentang ‘Zulin tak kisah bermadu.’

DALAM usianya kini, pelakon Zulin Aziz, 28, akui sudah sampai masanya untuk memikirkan masa depan dengan serius dan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan suami orang.

Katanya, sebagai manusia dia tidak berhak mempertikai ketentuan takdir dan perlu terbuka dalam perkara ini.

“Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari dan mampu bersikap adil sekiranya berpoligami saya terima.

“Lagipun, siapa saya untuk persoalkan ketentuan Ilahi. Kalau boleh, memanglah mahu cari lelaki bujang tetapi saya tidak boleh terlalu ikut kehendak hati kerana soal jodoh bukan kuasa kita.

“Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya,” katanya berseloroh ketika ditanya soal jodoh.

Zulin yang baru pulang dari menjalani penggambaran program Travelog Kembara Mencari Laila terbitan Suria Malaysia di Pulau Jeju, Korea berkata, siapa pun jejaka yang bakal mengisi hidupnya nanti dapat menerima dirinya seadanya.

“Bohonglah kalau saya kata tak pernah fikir soal jodoh. Ramai rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sebagai wanita, sudah pasti saya mahu bahagia seperti mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Zulin yang juga penyampai radio Suria FM mengakui belum bertemu jejaka sesuai untuk dijadikan teman hidup.

“Kawan ramai tapi belum ada yang berkenan di hati. Bukan memilih, cuma saya perlu berhati-hati. Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya untuk tidak terlalu mudah menerima seseorang.

“Kena kenal hati budi dahulu dan paling penting dia ikhlas mahu menyunting saya sebagai isteri,” katanya.

Sumber : gempak.com & hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here