‘Just Because I Rejected Your Cupcakes You Gave Me…’- Respon ‘Sinis’ Fathia Latiff Untuk Caprice

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai komen provokasi ‘pergi bunuh diri’ pelakon, Fathia Latiff di Insta Live Iqram Dinzly. Ternyata komen tersebut telah mengundang kecaman hebat para netizen terhadap Fathia. Rata-rata menganggap komen Fathia itu agak keterlaluan walaupun niatnya hanya sekadar bergurau.

Selain itu, antara yang turut menyuarakan nada kecewa ini termasuklah penyanyi rap dan usahawan, Caprice. Caprice telah memuat naik sebuah video di Instagram memberikan komennya mengenai isu panas melibatkan Fathia ini.

Bunuh bukan satu bahan jenaka

Ternyata, Fathia dilihat masih lagi tidak serik untuk mengeluarkan kenyataan berunsur kontroversi di media sosial. Caprice memberitahu masalah depresi ini adalah satu perkara yang sangat serius. Provok mereka supaya bunuh diri bukanlah suatu perkara yang bijak. Tambah Caprice, jika berbuat demikian kepada seseorang yang sedang mengalami masalah depresi, anda sebenarnya sebahagian daripada masalah mereka.

Fathia pernah reject cupcake Caprice

Namun dalam kesibukkan Caprice meluahkan rasa kecewanya, ini respon diberikan oleh Fathia. Fathia memberitahu adakah kerana dia pernah menolak cupcakes pemberian Caprice satu ketika dulu membuatkan dia berkata demikian? Tambah Fathia lagi, dia yakin bahawa ketika ini Caprice juga sedang mengalami masalah tekanan.

She’s crying for help too

 

Sumber: Caprice via Obulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here