“Kalau Boleh Nak Simpan Rambut Panjang, Tapi …..” – Janna Nick

Pelakon Janna Nick yang sering tampil dengan imej rambut pendek ala boy cut mahu menyimpan rambut panjang sempena tahun baru.

“Kalau boleh saya memang nak simpan rambut panjang sebagai penampilan baru untuk tahun 2018. Tetapi semuanya bergantung dengan karaker yang akan saya jayakan.

“Kalau saya mendapat karakter lasak yang memerlukan saya menggayakan rambut boy cut, saya akan tetap potong rambut,” kata Janna yang ditemui ketika majlis peragaan fesyen jenama Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 baru-baru ini.

Menyusun jadual lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Janna membahagikan masa dengan baik untuk mengembangkan kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, cabang kerjaya yang saya ceburi semuanya berjalan dengan baik. Saya mahu mengimbanginya dan memberikan hasil kerja terbaik.

“Setakat ini, saya ada menerima beberapa tawaran lakonan drama bersiri termasuk di Singapura. Dalam bidang muzik, saya baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Akan Bercinta dan saya juga menjadi pengacara rancangan Melodi yang bersiaran setiap Ahad,” katanya lagi.

 

 

Isteri tak pernah cemburu – Alif Satar

KUALA LUMPUR: Kata orang, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita yang memberi sokongan di belakang.

Begitulah yang disimpulkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar, 28, apabila memperkatakan mengenai isteri kesayangan, Shadila Halid, 34, yang menjadi pengkritik utama dalam karier seninya.

“Pengorbanan utama isteri adalah apabila dia mengambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga dua puteri kami.

“Jadi saya tidak mahu mengkhianati kepercayaan isteri,” katanya ditemui pada majlis showcase eksklusif bagi meraikan sahabat, peminat dan media di sini, petang tadi.

Tambah Alif, isterinya tidak pernah meletakkan syarat tidak membenarkan dia berlakon dengan artis tertentu kerana cemburu.

“Sebaliknya, isteri lebih menyarankan saya keluar dari zon selesa demi mengembangkan kerjaya seni.

“Bagi saya, perkara utama adalah percaya. Ia elemen penting dalam rumah tangga. Kami masing-masing perlu tahu peranan diri sendiri, malah misi utama saya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga,” katanya.

Mengenai perkembangan kariernya, Alif berkata, tempoh 12 tahun dalam dunia seni banyak mendewasakan dirinya.

“Banyak perkara yang saya lalui sebelum sampai ke peringkat ini. Saya menyimpan impian membawa bidang seni ke peringkat lebih gah di mata dunia… InsyaAllah. Semoga hasrat saya itu tercapai, suatu hari nanti,” katanya.

Membuka tirai dalam bidang pengacaraan tahun ini, Alif diberi tanggungjawab mengendalikan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 bersama Sherry Al Hadad pada 11 Februari depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here