“KALAU KITA DUA-DUA DAH MENINGGAL, NAK TINGGALKAN ANAK-ANAK DENGAN SIAPA?”

Bagi ibu bapa yang terlalu mengambil berat akan anak-anak, mereka akan sentiasa memikirkan perkara yang terbaik yang patut diberikan untuk anak-anak. Sehinggalah persediaan dan apa yang akan terjadi pada anak-anak selepas mereka meninggal dunia sekalipun, tetap mereka fikirkan.

Persediaan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik sahaja mereka meninggal dunia dikongsikan oleh Mahirah Munatul Maknun dalam facebook miliknya. Asalnya ia hanyalah perbualan dengan suaminya tentang kerisauan mereka ‘siapa yang bakal menggalas amanah menjaga anak-anak mereka selepas mereka berdua meninggal ketika anak-anak masih kecil?’.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka statusnya tersebut mendapat perhatian daripada ramai netizen. Jom kita baca apa tips yang menarik dan yang boleh kita ikut.

Semestilah perkara yang paling penting ialah tentang siapa antara ahli keluarga mereka yang akan menjaga anak-anak, pendidikan mereka dan simpanan wang yang mampu mereka tinggalkan buat anak-anak untuk meneruskan hidup.

Kena fikirkan juga siapa penjaga amanah yang boleh dipercayai. Bukan apa, banyak kes penjaga amanah yang makan harta anak yatim.

Malah, sebagai ibu bapa, pastilah juga mengharapkan anak-anak mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada orang yang diamanahkan serta bijak dalam memberikan sokongan emosi.

Anak-anak yang masih kecil tentulah belum mampu lagi nak hadam pesanan-pesanan yang ditinggalkan.

Ramai netizen yang ‘tag’ pasangan masing-masing di ruangan komen agar mereka turut sama memikirkan dan membuat persediaan untuk anak-anak mereka sekiranya mereka juga dijemput Ilahi ketika anak-anak masih  kecil. Yang fikir kalau boleh bawa anak meninggal bersama pun ada?

Sedih, ada netizen yang pernah suarakan kerisauan tentang hal ini kepada suaminya namun suaminya terlebih dahulu pergi meninggalkan dia dan anak.

Komen netizen yang ni ada juga betulnya. Tapi sebelum kita meninggal dunia, memang patut kita fikirkan juga tentang masa depan anak-anak dan sedikit persediaan yang mampu kita buat. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Tapi kalau dah tengah nazak tapi sempat lagi fikir pasal harta, itu memang tak patut. – CARI 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here