KANTOI: Gadis Selfie Tunjuk Baju Cantik Tetapi Sesuatu Yang Pelik Terjadi.


Selalu sangat dah perihal gadis cantik dalam menjaga penampilan tapi pemalas untuk menjaga kebersihan bilik mereka sendiri atau pun rumah.Bukan tidak pernah kita baca di media sosial facebook, apabila tuan rumah viral kan kes rumah yang terbiar dalam keadaan yang sangat kotor setelah habis menyewa.

Paling menyedihkan apabila kesemua penghuni rumah sewa itu adalah wanita! Jadi jangan nak terpedaya sangat dengan wnaita cnatik ni tapi kebersihan tak pandai nak jaga. Satu lagi kes memalukan terjadi pada seorang perempuan yang menjadi tular di internet.

Pada awalnya gadis yang bernama Alyssa ini mengambil gambar dan ingin menunjukkan baju yang dikatakan glamour dan dimuat naik ke media sosial. Ketika itu Alyssa berada di dalam biliknya dan mengambil gambar berhadapan dengan cermin.

Namun apa yang terjadi sangat memalukan bagi seorang wanita yang cantik bergaya apabila netizen mengecam keadaan biliknya yang sangat bersepah dengan baju baju.

Gadis yang berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat mendapat reaksi yang mengejutkan dari netizen sebaik sahaja dia memuatnaik gambar tersebut dalam twitternya.

Selain daripada dikecam pemalas, ada netizen lain yang turut mendakwa kelihatan seperti haiwan kecil iaitu tikus di dalam gambar berkenaan di sebalik timbunan baju.

Sesiapa yang melihatnya pasti akan mengecam dan amat menjijikan apabila tikus boleh selamba lepak sebilik. “Macam mana lah kau boleh rakam gambar sedangkan kau tahu bilik kau bersepah dengan teruk”, tanya netizen.

Apa yang pelik, Alyssa seolah olah tidak terkesan dengan ancaman yang diterima sebaliknya beliau sempat bergurau. “Adik aku tentunya terkejut apabila aku beritahu aku jadi bualan. Dia tentu tidak akan bersihkan biliknya lagi,” katanya.

Sumber : kecoh.org

Masih Ingat Ayu 20 sen Dalam Filem Bujang Lapok? Beliau Akhirnya Menceritakan Suatu Rahsia Yang Ramai Masih Tak Tahu!

Setiap kali menonton filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham S Shamsuddin Dan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, penonton pasti terpikat dengan watak kanak-kanak bernama Ayu.

Ayu ibarat penyimpan rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton dan perlu disogok dengan duit 20 sen sekiranya diminta mengunci mulut oleh Zaiton atau diminta oleh ibu mereka supaya membuka rahsia kakaknya.

Ramai tertanya-tanya siapakah Ayu yang karakternya begitu mencuit hati ini? Biarpun pelakon cilik, dia ibarat antara tonggak penting cerita Melayu pada era Studio Jalan Ampas, Singapura ini.

Sebenarnya Ayu adalah anak S Sudarmaji, insan kreatif yang bergelar pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu dan penulis lirik terkenal yang mempunyai hubungan rapat dengan P Ramlee.

Ayu atau Sri Rahayu, kini berusia 65 tahun dan menetap di Cheras, Kuala Lumpur bersama keluarganya. Dia berkahwin dengan Muhammad Ghazi, 73, dan dikurniakan dua anak, Sri Ikarostika Rahayu, 44, dan Muhammad Syarzril, 35, serta mempunyai lima cucu.

Ayu DALAM filem Bujang Lapok.

Ayu berkata, ketika berlakon filem Bujang Lapok, usianya empat tahun setengah. Dia dipilih kerana bapanya penolong pengarah cerita ini.

“Sebaik bapa pulang dari studio, dia beritahu saya P Ramlee mahu ambil saya berlakon. Saya terus bersetuju kerana sering dibawa bapa ke studio dan biasa dengan semua pekerja.

AYU ketika zaman remaja.

“Bujang Lapok filem pertama lakonan saya dan impaknya memang besar. Ramai yang kenal saya hanya kerana karakter Ayu,” katanya.

Ayu akui ketika kanak-kanak, dia sangat nakal dan sering berseluar pendek tanpa baju. Dalam Bujang Lapok, dia perlu terlebih dahulu tampil berambut panjang untuk babak P Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan.

“Saya kena melompat-lompat di atas meja makan restoran itu. Kemudian barulah rambut saya dipotong pendek untuk melakonkan watak Ayu.

“Nama saja Ayu tapi karakter saya seperti lelaki. Skrip pula hanya diberikan ketika di lokasi dan saya hafal sebelum penggambaran dibuat. Kalau diberi awal pun bukannya saya nak baca,” katanya.

Ketika proses ‘dubbing’ suara, Ayu perlu mengingati betul-betul dialog agar selari dengan pergerakan mulutnya.

“Selepas habis penggambaran, saya memang kena masuk ‘dubbing room’ untuk proses ini. Saya ditemani bapa dan apabila sampai bahagian saya, dia akan menepuk bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap.

“Penggambaran dilakukan di satu perkampungan bernama Pulau Tiban dan sebahagian lagi di studio,” katanya.

AYU (duduk dua dari kiri) bersama keluarga.

Dua filem lain tidak jadi

Ayu menganggap pembabitannya dalam Bujang Lapok satu kenangan manis kerana filem ini masih diminati sampai sekarang. Generasi baru pun suka menonton Bujang Lapok.

“Dulu kebanyakan jiran tak tahu sayalah Ayu dalam filem ini. Lama-kelamaan barulah mereka tahu perkara sebenar,” katanya.

Selepas Bujang Lapok, Ayu sepatutnya terbabit dengan filem Golden Trumpet (judul sementara) arahan pengarah Filipina.

Bagaimanapun, berlaku kemalangan ketika pengarah itu pulang ke Filipina mengakibatkan kematian isterinya sehingga memaksa projek ini dibatalkan.

“Saya juga sepatutnya melakonkan watak Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun bapa melarang kerana tak nak saya terlalu aktif berlakon.

“Akhirnya watak ini diberikan kepada Bad Latiff. Saya tak rasa kecewa pun. Selain itu, saya juga pernah tampil sebagai penari dalam filem Lampong Karam,” katanya.

Related image

sumber: hmetro

sumber : lipasterbang.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here