Keganasan Janna Nick terbukti bila bergaduh dengan Ruhainies buat keadaan menjadi kritikal panas buat ramai TERPAKU DIAM…


Jika baru-baru ini media sosial dihangatkan dengan pergaduhan antara pelakon Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose, terbaru pelakon yang kian memuncak popularitinya Janna Nick ada memuat naik sebuah video serta kapsyen yang mencalarkan imej pelakon tersebut.

Namun, tindakan itu dianggap kurang matang sama sekali oleh Ruhainies,bagi pelakon ini, walaupun ada perbalahan antara mereka, namun tidak perlulah diheboh hingga ke media sosial.

Ruhainies akui terkilan dengan tindakan Janna dan dirinya tidak pernah ada niat ingin memanjangkan isu pergaduhan ini. Ruhainies juga sudah pernah membuat kenyataan dimana dia sudah memaafkan kesalahan Janna dan pengakuan itu dibuat secara terbuka kepada media baru-baru ini.

 

“Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja.

Walau bagaimanapun, Ruhainies tetap kecewa apabila Janna memuat naik video serta kapsyen untuk memburukkan nama pelakon ini. Namun, Ruhainies percaya ada pihak yang mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Sebelum ini timbul isu dimana Janna menghasut pengarah drama Michael Ang agar menggugurkan Ruhainies dari sebuah filem yang bakal diterbitkan. Namun salah faham muncul antara dua pelakon ini sehingga menyebabkan mereka tuding jari sesame sendiri.

“Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Tambah Ruhainies, sejak video tersebut dimuat naik, ramai netizen berpihak kepada Janna dan menuduh dirinya seorang pelakon bermulut jahat sekaligus boleh menutup periuk nasi pelakon ini.
Video;

Sumber oisergah via mylabulabi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here