Kejam, Remaja Rogol Ibu Kepada Dua Anak, Sumbat Jek Kereta Dan Kembangkan Dalam Kemaluan Mangsa

6 Feb – Selepas menghadiri upacara pengebumian rakannya, tanpa disangka dalam perjalanan pulang seorang ibu kepada dua anak itu telah dirogol sehingga mati oleh seorang remaja berusia 19 tahun, lapor Mirror UK.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu dikatakan telah dipelawa oleh seorang remaja untuk menaiki keretanya ketika dalam perjalanan pulang…

Namun, peristiwa itu bertukar menjadi tragedi apabila remaja tersebut bertindak memperkosa mangsa dengan kejam.

Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai menyumbat jek kereta ke dalam kemaluan mangsa sehingga ke perut sebelum mengembangkannya…

Wanita itu dibiarkan dalam keadaan separuh mati di dalam kereta tersebut sebelum ditemui oleh orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan.
Menurut rakan mangsa, Nadezha, mangsa kehilangan lebih tiga liter darah. dan ditemui di bahagian tempat duduk belakang.

“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” kongsi Nadezhda dalam nada sedih.

Suspek berjaya diberkas pihak berkuasa tidak lama selepas itu dan ketika disoal siasat remaja tersebut mengaku perbuatan kejamnya itu.

Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun

Sumber: Siakap Keli

 

Misteri Lubang Arnab Membawa Kepada Penemuan Sesuatu Yang Tidak Dijangka!


Siapa sangka, lubang arnab yang biasa dilihat di ladang-ladang pertanian membawa kepada penemuan tapak tinggalan sejarah yang berusia hampir 700 tahun.

Ianya berlaku di Shropshire, England namun lokasi yang lebih tepat tidak didedahkan kepada umum. Pencarian itu dimulakan oleh Michael Scott dari Birmigham yang merupakan seorang jurugambar.

Michael nekad untuk mengkaji dengan lebih lanjut apabila menonton video tempat tersebut di internet. Tambah Michael, laluan masuk ke kuil tersebut terletak kira-kira satu meter sahaja dari lubang arnab tersebut.

Perjalanan untuk ke kuil tersebut agak sukar kerana ruangnya agak kecil. Untuk sesiapa yang berketinggian lebih dari 6 kaki, anda harus membongkokkan badan.

“Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah,” kata Michael.

Menceritakan pengalamannya masuk ke kuil tersebut, dia terpaksa membongkok dan kawasan tesebut sangat sunyi. Terdapat juga beberapa ekor labah-labah di dalam tempat tersebut.

Tambah Michael, semasa musim hujan laluan masuk ke kuil tersebut akan menjadi agak licin, namun keadaan di dalam kuil tersebut kering.

Lebih menakjubkan, kuil bawah tanah tersebut mempunyai rekaan yang unik dan tidak diusik sedikitpun keasliannya.

Menariknya, kuil tersebut dipercayai kepunyaan Knight Templar pada 700 tahun yang lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here