Kisah Abang Sado, Mama Kuat!

Muzaimi dikatakan memiliki wajah seiras dengan pelakon Zul Ariffin

PETALING JAYA: Memiliki badan yang ‘sado’ dan rupa paras persis hero Malaya, Zul Ariffin, tidak hairanlah pemuda ini popular dengan penampilannya dan sering menjadi perhatian pengikut di laman Instagram.

Bagi pengguna tegar media sosial, mereka pasti masih ingat bahawa jejaka berusia 24 tahun ini pernah tular gara-gara imej cikgu ‘sado’ yang dibawanya sehingga menjadi idola pelajar.

Muzaimi Abdul Bakhtiar yang sebenarnya merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda Pendidikan Sains Sukan dan Kejurulatihan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris itu sekali lagi menjadi bualan netizen, tetapi kali ini disebabkan oleh ibunya.

 

Antara komen netizen yang memuji kekuatan ibu Muzaimi memanjat gunung pada usia 60 tahun.

Seorang pengguna Instagram, @nelysa_73 berkata: “Kuatnya mak Jimmy, tergugat pula rasa.”

Manakala, @adlymustar pula berkata: “Mak kuat macam awak, semoga mak dipanjangkan umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik.”

Rata-rata netizen berasa kagum dengan kudrat ibu kepada pemuda yang dikenali sebagai Jimmyjejai itu yang sudah berusia 60 tahun tapi masih mampu menawan puncak Gunung Baling yang berketinggian 546 meter dari aras laut.

 

Muzaimi mencium kepala ibunya di atas puncak Gunung Baling.

“Sebenarnya, itu adalah kali pertama mama panjat gunung bersama saya dan itu juga merupakan kali pertama kami memanjat Gunung Baling.

“Saya yang risau tengok dia tak minta nak berhenti (berehat) pun, tapi saya minta dia berhenti dan tidak memaksa diri,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Anak-beranak itu mendaki gunung tersebut seawal pukul 5 pagi dan berjaya sampai di puncak gunung hampir tiga jam kemudian.

Kata anak ketiga daripada empat beradik itu, ibunya bukanlah seorang yang aktif dalam aktiviti lasak dan hanya gemar membuat kerja rumah bagi mengekalkan stamina yang tinggi.

 

Muzaimi juga aktif menyertai pertandingan bina badan.

“Dia tidak berlatih pun sebelum panjat gunung itu dan pada asalnya saya ingatkan gunung itu tidaklah mencabar sangat.

“Tapi mama kuat dan mahu naik terus sampai ke atas,” ujarnya yang merupakan seorang jurulatih kecergasan bebas.

Tambah pemuda itu lagi, ibunya tidak mempunyai amalan rahsia selain mengamalkan makan lauk-pauk kampung dan kadangkala ulam-ulaman.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/08/ibu-cikgu-sado/#hlu02eG8MkU1GxPQ.99

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here