Kisah Nana Dan Zoey Bakal Berakhir Seperti #Fattzura? Ini Jawapan Siti Nordiana..

Sebelum ini, hangat digembar-gemburkan penyanyi Siti Nordiana sedang bercinta dengan pengacara Zoey Rahman. Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila mereka dilihat mengerjakan umrah bersama baru-baru ini sehinggakan ada yang mendakwa mereka ke sana untuk bernikah.

Setelah lama mengunci mulut, penyanyi ‘‘Pesanan Teragung’ itu menerusi Suria menafikan bahawa dia bercinta dengan pengacara tersebut, sekaligus mengakhiri spekulasi yang tersebar sebelum ini. Nampaknya kisah mereka ini tidak akan berakhir macam kisah cinta Fattzura lah ye.

Nafi bercinta dengan Zoey

Jelas penyanyi yang lebih mesra disapa Nana, dia tidak pasti bagaimana gosip itu boleh timbul. Katanya lagi, orang di sekililing yang beria membuat spekulasi tentang kisah percintaan mereka padahal mereka hanya berkawan rapat.

Nana pun tak tahu daripada mana datangnya gosip tu. Sebenarnya Nana tidak bercinta dengan Zoey.

Mungkin sebab saya pergi Mekah dengan Zoey jadi mereka ingat kami bercinta. Kami memang dah lama berkawan. Lawatan ke Mekah pun adalah bersama kawan-kawan serta ustaz yang kami dah kenal.

Mungkin selepas ini, kita bakal mendapat kenyataan dari Zoey pula? Ye lah, kan sebelum ini, dia kata Nana ada ciri-ciri wanita pilihannya. Apa pun, perkara yang baik, kita doakan sahaja.

Sumber: Suria

Kredit : Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here