1f83ab358890e70e3c7d9a64e4790270

Kucing Menemani Kakak Angkatnya Di Majlis Pernikahannya

HANYA pencinta kucing sahaja yang akan mengerti perasaan sayang terhadap haiwan peliharaan yang comel itu.

Fathirah Daemi telah memasang niat untuk kucing kesayangannya hadir pada majlis perkahwinannya.

Beberapa bulan sebelum tiba majlis perkahwinannya, Fatirah telah menempah sepasang baju Melayu untuk kucing kesayangannya, dan baju itu juga mengikut tema perkahwinannya berwarna silver atau perak.

“Tak susah nak pakaikan Abamboy baju, sebab dia memang berbaju kalau keluar dari rumah.”

Menurut Fathirah, dia sudah membela Abamboy sejak lahir hingga kini ia berusia 6 tahun. Walau bagaimanapun, Abamboy pernah hilang sewaktu umurnya satu tahun.

1f83ab358890e70e3c7d9a64e4790270

Apabila berjumpa kembali Fathirah dapati tulang belakang kucingnya telah patah. Mungkin Abamboy terjatuh dari tempat yang tinggi ataupun telah dipukul oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Akibat dari kecederaan itu, Abamboy telah disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah dan juga mempunyai penyakit kerosakkan buah pinggang.

53809aaa0070a72faf114b391b7ecdbc

Fathirah menjaga kucingnya tanpa berputus asa sehingga kucingnya itu boleh berjalan walaupun hanya menggunakan kaki depannya.

046bd40ce2d290b99fb88513a3548515

Sewaktu majlis pernikahan Fathirah berlangsung, Abamboy diletakkan di atas bantal yang telah disediakan untuknya.

“Semasa tok kadi membaca doa, Abamboy mula meng-iaw seolah-oleh mengaminkan bacaan tersebut. Suara Abamboy memenuhi ruang surau tersebut.”

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Langkah Merawat Kucing Patah Tulang

Memang tidak dinafikan yang kucing adalah haiwan fleksi dan amat tangkas yang boleh membuat lompatan tanpa sebarang masalah dan juga berkebolehan mendarat dengan ke empat-empat kakinya dengan selamat.Agak sukar dapat dilihat ianya jatuh secara terlentang.
Walau bagaimanapun,kejatuhan dari tempat tinggi ataupun perlanggaran dengan kereta,serangan haiwan lain,didera oleh manusia adalah antara faktor menyebabkan kucing mengalami patah tulang samada tulang paha, pelvis dan lainnya.

Keadaan Berkemungkinan Kucing Patah Tulang
Bilamana kucing berada dalam kesakitan terutamanya kesan patah tulang bersertakan kesakitan lain yang dialaminya kesan impak jatuhan ataupun terlangar dll, ianya akan bertindak aggresif seperti menggigit/mencakar kita, tidak kira betapa lembutnya kita memegang/menyentuhnya.Apa yang boleh kita tenangkannya adalah menutup/menyelimutkan kepala/mukanya ketika hendak memeriksa  badannya secara menyeluruh samada ianya patah ataupun tidak.


Kucing memang agak bijak dalam menyembunyikan kesakitan mereka,Lihat tanda-tanda yang ditunjukkannya seperti:
Meraung atau marah tetiba-tiba jika menyentuhnya
Tidak berjalan atau tidak menggunakan anggota badannya yang sakit

Tidak makan atau asyik tidur tetiba atau menyembunyikan dirinya
Bengkak atau lebam di kawasan yang cedera.
Kesan Luka/darah

Langkah Segera
Setelah kenalpasti kedudukan patah tulangnya adalah tindakan yang perlu diambil adalah membaluti dengan tuala bersih menjadikannya tebal supaya kukuh dikedudukannya di kawasan yang berdarah atau di tempat patah tulang.
Kurangkan terlalu banyak menyentuh/pegang bahagian tulang yang patah dan segera membawanya ke doktor haiwan anda untuk pemeriksaan/rawatan lanjut.Doktor haiwan akan menilai tahap kesihatannya dan setelah ianya tenang sinar-X digunakan untuk kenalpasti keadaan tulangnya yang patah dan akan membuat rawatan lanjut bergantung kepada tahap patahnya itu.


Penjagaannya:
Disarankan menghadkan aktivitinya seperti bebas keluar/masuk ,banyak bergerak/berjalan,melompat dan sebagainya. Mana-mana bahagian yang dibalut hendaklah sentiasa dalam keadaan kering(basah/kelembapan kain balutan akan menarik kuman/bakteria).
Jika ia menjadi basah, terutama dari air kencingnya adalah perlu digantikan dengan yang baru. Anda Sekiranyakucing mula mengunyah/mengigit tempat balutannya ,Kolar Elizabeth adalah alat pencegahannya dari berbuat demikian iaitu dipakaikan dilehernya dan menghalang mulutnya mencapai tempat yang hendak digigitnya.

Tulang biasanya mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk sembuh. Susulan sinar-X biasanya diambil untuk memantau penyembuhan jika perlu(sila bincang dengan doktor haiwan anda). Walau bagaimanapun, kucingberkeupayaan untuk menyembuhkan tulangnya sendiri dengan baik “self healing”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here